Parti Komunis Malaya (PKM) yang ketika itu dipimpin oleh
Chin Peng sebagai Setiausaha Agungnya, memulakan penentangan bersenjata
terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960.
Konfrontasi tamat pada tahun 1966 dan tentera British
berundur dari Malaysia pada tahun 1967. Selepas itu PKM yang merasakan
ketiadaan tentera British adalah satu peluang keemasan untuk mereka menubuhkan
sebuah republik komunis, telah meneruskan penentangan bersenjata terhadap
kerajaan Persekutuan Malaysia mulai tahun 1968 hingga tahun 1989.
Perlu di ingat antara tahun 1942 hingga 1945, MPAJA sudah
mempunyai ahli seramai 4 hingga 5 ribu orang. Di saat inilah juga PKM melalui
MPAJA telah menggerakkan agenda besar sebenar mereka untuk menubuhkan sebuah
Negara Komunis dengan berselindung di sebalik perjuangan menentang tentera
Jepun untuk menarik sokongan orang melayu agar menyokong mereka padahal itu
bukan matlamat sebenar mereka.
Jangan kita lupa bahawa selepas British kalah dan di era
pendudukan Jepun , lebih daripada 10 ribu nyawa yang terkorban angkara MPAJA
dan PKM. Itu angka yang dicatatkan dan dilaporkan, angka yang sebenar mungkin
lebih banyak. Kekejaman mereka berakhir dengan kembalinya British ke Tanah
Melayu dan membawa idea Malayan Union.
Pejuang bangsa ketika itu sebenarnya menghadapi dua
rintangan dan cabaran yang besar iaitu dalam menentang Malayan Union dan dalam
masa yang sama menentang PKM dan MPAJA.
Sejarah nampaknya kini berulang bagi mereka yang sudah
nampak akan permainan tangan-tangan ghaib di bumi Melayu yang bertuah ini!
Ingat, permainan mereka dulu telah berjaya menjadikan
Temasek iaitu sebahagian dari Tanah Melayu sebagai Nan Yang, sebuah Negara Cina
Baru atau negara Cina Seberang Laut. Parti PAP Singapura berjaya mengklonkan
legasi mereka di tanah melayu, walaupun nama parti berlainan tetapi matlamat
mereka adalah sama! Mengapa orang Melayu-Islam tidak nampak atau sengaja tidak
mahu ambil peduli tentang perkara ini?
Permainan mereka kali ini belum mencapai target mereka yang
sebenar iaitu untuk menjadikan seluruh tanah melayu ini milik mereka, walaupun
Pulau Ka-Satu atau "First Island" yang ibu negerinya dulu disebut
Tanjung Penaga (kini disebut George Town) secara simbolik nampaknya kini sudah
jatuh ke tangan mereka.
Minta dijauhkan oleh Allah SWT akan usaha-usaha ke arah
menghidupkan semula Republic Communist Of Malaya atau Negara Nan Yang ke-2
selepas Temasek. Semoga bangsa Melayu-Islam kita tidak menyokong atau memilih
perjuangan cara komunis ini.
0 comments:
Post a Comment