Cubaan pemimpin berhaluan kiri yang mahu membawa masuk
fahaman komunis di Malaysia dibidas bekas pejuang kemerdekaan dan mereka yang
terlibat langsung dalam memerangi komunis.
Semenjak kematian Chin Peng yang dikaitkan dengan Pakatan
Pembangkang membuatkan rakyat menjadi marah.
Membawa masuk fahaman komunis di Malaysia adalah sesuatu
yang sukar diterima khususnya rakyat yang kehilangan anggota keluarga akibat
kekejaman komunis.
Rakyat perlu rasa bersyukur kerana Malaysia berjaya ditubuhkan
dan dibangunkan tanpa sebarang fahaman Komunisme.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa fahaman tersebut
adalah lebih baik bagi menubuhkan sesebuah negara adalah tidak berasas sama
sekali.
"Mereka kata tubuhkan negara dengan fahaman
Komunis adalah lebih baik tapi cuba bandingkan apa yang telah terjadi di
Rusia, Vietnam dan Jerman.
Pelancaran itu adalah bagi mengingati sejarah penubuhan
negara Malaysia pada 16 September 1963.
Jelas Shabery, konsep fahaman Komunis memerlukan
sesebuah negara itu ditubuhkan melalui pertumpahan darah tetapi negara
Malaysia berjaya ditubuhkan tanpa berlaku sebarang kekerasan dan rakyat di
negara ini perlu mengingati detik tersebut.
Katanya, ideologi Komunisme yang menjanjikan
kesamarataan dan keselesaan sebenarnya tidak mampu dilaksanakan dan tidak
mampu memberi kebaikan kepada negara yang ingin ditubuhkan.
"Beratus negara di dunia telah melalui penderitaan
dari pelbagai aspek akibat proses penubuhan negara melalui fahaman Komunisme
dan rakyat Malaysia bertuah kerana hasil kebijaksanaan yang ditunjukkan Tunku
Abdul Rahman berjaya memerdekakan negara ini tanpa peperangan dan hanya
melalui proses perundingan persahabatan," katanya.
|
0 comments:
Post a Comment