Thursday, October 31, 2013


Sepanjang 26 tahun PAS memerintah DUN Sungai Limau dan selama 5 tahun kerajaan PAS mentadbir dan memerintah Kedah, kawasan DUN Sungai Limau terkeluar daripada menerima arus kemodenan dan pembangunan.

Justeru, 4 November ini merupakan jalan terbaik kepada rakyat Sungai Limau untuk berani berhijrah dengan memilih calon BN sebagai ADUN N.20 Sungai Limau.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat Kedah tahu PAS gagal dalam mentadbir negeri itu sepanjang tempoh lima tahun lepas hingga mendorong 60 peratus penyokongnya meninggalkan parti itu dan seterusnya menyaksikan BN kembali menguasai Kedah.

Signal rakyat Kedah pada PRU-13 lepas telah membuktikan segala-galanya bahawa PAS kini sudah tidak lagi relevan kepada rakyat Kedah dan Malaysia.

"Dulu sebahagian dari orang (penduduk Dun Sungai Limau) undi PAS (kerana) dia yakin parti itu akan terus perintah negeri Kedah.

"Sekarang orang tengok majoriti rakyat Kedah beralih ketika pilihan raya umum (PRU) yang lepas kerana mereka pernah rasa duduk dalam PAS dan telah menyaksikan banyak janji tak dapat ditunaikan," katanya semasa berucap di Program Jasa Prihatin anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Lumat.

Di sinilah pentingnya bagi penduduk Sungai Limau untuk melihat rekod pencapaian yang telah BN kecapi sepanjang menjadi kerajaan Pusat agar masa depan kawasan ini lebih terjamin.

Kedudukan dan pencapaian BN sebagai kerajaan pusat dan negeri seharusnya menjadi faktor yang cukup kuat untuk penduduk Sungai Limau memilih BN.

Beliau berkata, kedudukan Pas sebagai parti pembangkang tidak membolehkan mereka untuk menawarkan bantuan yang lebih luas bagi membantu golongan yang memerlukan.

"(Atas sebab ini) saya bersyukur kerana saya boleh bantu (golongan yang memerlukan) sebab saya berada dengan kerajaan BN.

"Orang Pas hanya boleh datang tengok dan kata nak bantu golongan nelayan dan petani di sini. Tetapi dia hanya boleh cakap sedangkan kami (BN) yang akan menghulurkan bantuan.


Hadir sama Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Hassan, menyampaikan bantuan 60 beg sekolah kepada pelajar di Mukim Padang Lumat.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL