Thursday, October 24, 2013


Dengan hanya kekalahan majoriti 2,774 undi dalam PRU-13 lepas, BN yakin mampu menawan kembali DUN N.20 Sungai Limau daripada PAS selepas penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut tersebut pada 4 November ini cerah dengan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat berbanding empat penjuru pada pilihan raya umum lalu.

Selain pendekatan kempen yang baik oleh calon dan semua wakil BN turun padang kemenangan parti di kawasan tersebut bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Juga BN dilihat sebagai underdog tapi kami yakin pengundi di sini mempunyai sifat untuk membuat penilaian secara mendalam, terperinci dan tidak beremosi.

Dalam mencari calon yang berjiwa rakyat, BN sememangnya berhati-hati dan melihat keperluan rakyat dengan calon yang akan diketengahkan dalam setiap pilihan raya.

BN memilih calon terbaik dengan latar belakang pendidikan dan sangat komited dalam usaha memberi khidmat terbaik sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

BN mahu rakyat memberikan mandat kepada BN yang dilihat sebagai membawa masa depan yang cerah kepada mereka setelah wujud hubungan langsung antara wakil rakyat kawasan itu dengan pentadbiran kerajaan negeri dan pusat di bawah BN.


Jika wakil itu datang dari BN, semua urusan seperti pembangunan, sosioekonomi, pendidikan, agama dan lain-lain lebih mudah dilaksanakan lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL