Friday, October 11, 2013


Melayu yang menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) diibaratkan sebagai alat atau dipergunakan untuk kepentingan komunis meluaskan kuasa dan idealoginya dan bukan mahu memerdekakan negara seperti yang dikehendaki orang Melayu.

Atas sebab itu PKM sukar menerima sokongan daripada orang Melayu sebaliknya mendapat sokongan daripada orang Cina.


Dalam taklimat itu, Musa menerangkan kepada mereka bahawa pemberontakan komunis di Tanah Melayu boleh disifatkan sebagai hancur-lebur’kerana hanya menerima sokongan yang sedikit daripada kaum Melayu.

Bukti yang jelas bahawa PKM sekadar mempergunakan Musa adalah apabila dia mengaku telah diarahkan oleh Siow Chong dan seorang lagi pemimpin PKM, Chin Jui untuk tidak menceritakan situasi sebenar kepada semua peserta ceramah itu mengenai kedudukan PKM yang kian merosot, bertujuan mengelak semangat mereka luntur.

Beberapa lagi pemimpin PKM Melayu lain turut menerima arahan daripada Chin Peng. Antaranya Shamsiah Fakeh dan suaminya, Ibrahim Mohamad yang juga Pengerusi Angkatan Pemuda Insaf (API) Johor serta salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10, Mohd. Amin. Ketiga-tiga mereka pernah diarahkan oleh Chin Peng untuk ‘menyambung pelajaran’ ke China.

Perkara itu berlaku pada penghujung tahun 1956 dan mereka diarahkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang latihan ideologi.

Sepanjang mengikuti pengajian di Institut Marx and Lenin yang terletak kira-kira 16 kilometer dari Chungking, ibu negeri wilayah Szechuan, Shamsiah bersama Ibrahim dan Mohd. Amin, seperti juga pelajar lain, perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan seperti mana pusat pengajian tinggi yang lain.

Keluasan institut itu adalah kira-kira 24 hektar dan kawasan institut itu dahulunya dimiliki oleh seorang jutawan hartanah. Sebuah banglo dijadikan pejabat utama institut dan keseluruhan kawasan itu dipisahkan oleh tembok pagar berduri setinggi 2.4 meter.
Semua pelajar di institut itu perlu mematuhi arahan termasuk tidak dibenarkan keluar sesuka hati. Mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu bersendirian dan tidak dibenarkan bertemu dengan orang awam. Malah pintu masuk ke institut itu dikawal Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) setiap masa. Pakaian pelajar juga termasuk ahli PKM Melayu adalah seperti penduduk tempatan di negara itu bertujuan sebagai penyamaran.

Selain diberi pengawasan yang ketat, pemimpin Melayu PKM pernah ditegur kerana menceritakan perihal dalaman yang berlaku di PKM. Musa pernah ditegur oleh Siow Chong kerana mendedahkan kepada pegawai ILD Rusia, Alexander Markov pada tahun 1957 tentang hubungan sulit melibatkan bekas Setiausaha Agung PKM, Loi Tek dan pergolakan dalaman parti itu sehingga menyebabkan dia keluar daripada PKM.

Bagi Siow Chong, perkara itu tidak perlu didedahkan dan ini merupakan salah satu daripada keadah PKM untuk menutup kelemahan dan pergolakan yang berlaku dalam parti itu.

Sumber: Utusan Online


Haikatnya PKM itu hanya mahu mencari sokongan daripada rakyat Malaysia terutama orang Melayu dalam merealisasikan impian mahu menjadikan Malaysia sebagai negara komunis.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL