Jika ada yang anggap Parti Komunis Malaya (PKM) dan
Setiausaha PKM, Chin Peng sebagai pejuang negara, BACAlah 19 fakta keganasan
PKM terhadap rakyat Malaysia.
1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada
16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan
darurat.
2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu
serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23
Februari 1950.
3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis
terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman
komunis.
4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit
Fraser.
5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah
menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan
Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.
6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di
Pulau Pinang pada April 1969.
7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh
di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.
8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan
jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.
9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan
melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.
10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis
telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk
membina Lebuhraya Timur-Barat.
Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas
(SB):
11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati
ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.
12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua
Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan
kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput,
Perak.
13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw
telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif
Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif
Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.
14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam
apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa
beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975
hingga mengakibatkan kerosakan besar.
16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom
tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling,
Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.
17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri
Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian
tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.
18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota
pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.
19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75
yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.
0 comments:
Post a Comment