Samada disengajakan atau tidak, selain DAP yang
majoritinya diwakili kaum Cina, parti komponen BN, iaitu MCA juga ‘menyokong’
perjuangan komunis. Kenapakah ini berlaku? Dan, kenapa sekarang dan bukannya
dahulu?
Biarpun Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) diterajui
orang Melayu, tetapi Setiausaha Agung PKM disandang Chin Peng yang berketurunan
Cina. Namun, dalam sesebuah persatuan jawatan Setiausaha sangat berpengaruh dan
ini jelas digunakan sebaik-baiknya oleh Chin Peng.
Perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) adalah
berorientasikan kaum Cina dalam segala segi termasuk daripada segi dasar,
pendirian, strategi, perhubungan dan gerakan bersenjata.
Perjuangan itu telah digariskan oleh Setiausaha Agung
PKM, Chin Peng sejak awal penubuhan PKM lagi.
Sehubungan itu, maka tidak hairanlah jika segala
kepentingan kaum-kaum lain termasuk kepentingan kaum Melayu dan bumiputera
tidak ditekankan dalam perjuangan PKM.
Penubuhan Rejimen Ke-10 PKM yang dianggotai dan
dipimpin oleh orang Melayu adalah semata-mata untuk mengabui masyarakat
antarabangsa dan orang Melayu di Malaya bahawa PKM dianggotai oleh parti
berbilang kaum.
Malahan penyertaan orang bukan Cina di dalam PKM,
terlalu kecil terutama daripada kaum India dan etnik bumiputera yang lain,
berbanding kaum Cina.
Perjuangan PKM yang ditegakkan berorientasikan kaum
Cina sebahagian besarnya didorong oleh dua faktor utama:
n Pertama kerana perjuangan PKM lebih berkiblat kepada
Peking, walaupun ketika itu Moscow (Kesatuan Soviet) merupakan negara komunis
lebih berpengaruh dan maju di dunia.
Ini kerana secara teorinya PKM mendokong konsep yang
dibawa oleh pemimpin China, Mao Tze Tung yang menekankan tentang perjuangan
bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan, serta menyokong dasar-dasar yang
digariskan oleh Parti Komunis China (PKC).
n Faktor kedua adalah kerana Chin Peng berpendapat kaum
Cina lebih maju dan lebih bijak serta menguasai bidang ekonomi di Malaya
berbanding orang Melayu dan kaum-kaum lain, maka atas dasar itu, kaum Cinalah
yang sepatutnya mendominasi dan menguasai PKM.
Chin Peng sering menekankan perkara itu dalam beberapa
perbincangannya dengan pemimpin-pemimpin PKM, termasuk yang dihadiri oleh
Pengerusi PKM, Musa Ahmad, bahawa perjuangan PKM di Malaya adalah berasaskan
orang Cina.
Beliau memberi alasan pendiriannya itu adalah kerana
majoriti kaum Cina terdiri daripada kelas pekerja dan mengikut teori komunis
golongan pekerjalah yang seharusnya memimpin revolusi.
Pada masa yang sama, dalam meneruskan perjuangan
mereka, pemimpin-pemimpin PKM melihat ke arah China bukan sahaja sebagai
sumber inspirasi dan tetapi juga kesetiaan.
Hal ini dapat dilihat daripada sikap pemimpin-pemimpin
Jawatankuasa Pusat PKM sering menganggap lawatan kerap mereka ke China
sebagai 'HUI CHU KUO' yang membawa maksud kembali 'tanah ibunda'.
Chin Peng sering menganggap orang Melayu dengan
kata-katanya yang berbunyi: ''bangsa Melayu adalah bodoh, mundur,
pemikirannya tidak luas dan hanya berkisar dalam penghidupan kampung yag
didiaminya, fanatik agama serta malas dan berpuas hati kepada keadaan mereka
yang ada."
Chin Peng juga menolak hak-hak orang Melayu dan tidak
menerima status bumiputera.
Chin Peng memberi alasan pendiriannya adalah kerana
golongan Cina kelas pertengahan merupakan golongan revolusionist dan golongan
Cina kelas pertengahan juga merupakan penyumbang terbesar kepada kemajuan
Malaya, sedangkan golongan Melayu kelas pertengahan adalah alat kerajaan dan
golongan Melayu kelas pertengahan bersekongkol dengan golongan kapitalis dan
monopoli untuk menindas golongan rakyat bawahan.
Maka sepanjang PKM melancarkan pemberontakan bersenjata
bagi menggulingkan kerajaan Malaya, PKM jelas mendokong fahaman perkauman
(chauvinist) yang ketara dalam perjuangannya dan kepimpinannya.
Maka tidak hairanlah atas dasar itu, Chin Peng tidak
mempunyai kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKM serta
sering mendiskriminasi pemimpin-pemimpin Melayu PKM.
Dalam banyak perkara terutama melibatkan rahsia dan
dasar parti serta kewangan, Chin Peng tidak pernah berunding dengan pemimpin
Melayu PKM.
Begitu juga, Chin peng tidak berminat untuk menggunakan
bahasa Melayu dalam hal ehwal PKM.
Walaupun dalam propaganda PKM menyatakan tentang
persamaan kaum, namun dalam hal bahasa, hanya bahasa Cina digunakan sebagai
bahasa perhubungan dalam PKM dan bahasa-bahasa lain dipinggirkan.
Dokumen-dokumen parti, arahan-arahan dan ucapan-ucapan
diterbitkan hanya dalam bahasa Cina, dan beberapa dokumen sahaja
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan kemudian ke dalam bahasa Melayu.
Selain itu, semua mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM
diadakan di dalam bahasa Cina dan anggota Melayu perlu menggunakan
penterjemah Inggeris.
Pada persidangan antarabangsa, pemimpin PKM mengarahkan
wakil PKM mesti berucap dalam bahasa Cina.
Ekoran keadaan itu, wujud perasaan tidak puas hati
dalam kalangan pemimpin Melayu PKM terutama Pengerusi PKM, Musa Ahmad,
sehingga akhirnya membawa perpecahan kepada kepimpinan PKM.
Sumber: Utusan Online
|
Lihat bagaimana tragedi Bukit Kepong di mana komunis
telah membunuh polis-polis yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Kenapa
komunis ini sanggup membunuh polis yang diketahui penubuhannya adalah untuk
memerangi keganasan?
Jelas idea-idea pemimpin politik berhaluan kiri yang
menyokong keganasan komunis sebenarnya bertujuan untuk menganggu gugat
kestabilan politik dan keamanan negara.
0 comments:
Post a Comment