Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa SPRM tidak mengambil tindakan
berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Dakwaan itu sama sekali tidak benar dan tidak berasas
sama sekali sebaliknya meminta Lim Guan Eng meneliti laporan tahunan
suruhanjaya itu serta Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang dikeluarkan
sebelum ini.
"Kedua-dua dokumen itu turut memperincikan tindakan
yang telah diambil oleh SPRM ke atas isu-isu berkaitan Laporan Audit Negara.
Kenyataan SPRM, laporan tahunan SPRM serta JKMR yang dianggotai ahli-ahli
Parlimen sendiri menunjukkan SPRM telah mengambil tindakan wajar secara bebas,
telus dan profesional terhadap laporan audit berkenaan.
"Sekurang-kurangnya 15 perkara yang dibangkitkan
dalam Laporan Audit Negara 2012 telah pun dibuka kertas siasatan dan sedang
disiasat. Tindakan yang diambil, sama ada tuduhan di mahkamah atau khidmat
nasihat dimaklumkan kepada JKMR dan Panel Penilaian Operasi (PPO) dari masa ke
semasa," kata kenyataan itu.
Guan Eng sebelum ini mendakwa tiada tindakan diambil SPRM
dalam isu dakwaan pembaziran wang rakyat melibatkan kerajaan BN seperti
dibentangkan pada Laporan Audit Negara 2012.
Kenyataan SPRM itu seterusnya menegaskan, JKMR, badan
bebas yang memantau SPRM sejak 2009 turut dianggotai wakil DAP iaitu Dr. Tan
Seng Giaw dan Lim Guan Eng boleh merujuk kepadanya jika memerlukan maklumat
lanjut mengenai status kes dan tindakan diambil suruhanjaya itu terhadap
laporan audit berkenaan.
"SPRM ingin menegaskan bahawa kita menjalankan
siasatan secara bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009 dan tidak
bertanggungjawab terhadap laporan media yang memetik sumber dan tidak
berasas," kata kenyataan berkenaan.
Secara jelas, Lim Guan Eng cuba untuk mencemar kredibiliti
SPRM yang sememangnya telah mencapai standard antarabangsa dan diakui beberapa
negara maju di dunia.
0 comments:
Post a Comment