Mengelirukan. Itulah yang boleh diperkatakan ke atas
tindakan pembuat minuman arak yang meletakkan sijil halal keluaran JAKIM ke
atas tin minuman.
Usaha licik ini dilihat sebagai sebahagian cuba untuk
merosakkan umat Islam kerana mereka percaya Islam melarang umatnya meminum arak
dan disifatkan arak sebagai haram.
Sehubungan itu, JAKIM telah menafikan sekeras-kerasnya memberi
perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan
minuman keras.
Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff
berkata JAKIM telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini
berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini
bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan
gambar tin minuman bir tertera logo
halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
"JAKIM dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini
tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal
kepada produk atau syarikat itu.
Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang
sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras,"
katanya.
Beliau berkata sebarang penyalahgunaan logo halal oleh
mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan -
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).
"JAKIM menganggap penyebaran gambar minuman tin
berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta kredibiliti JAKIM
sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di
dalam dan luar negara," kata Hakimah.
Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan
tanggapan negatif kepada JAKIM dan boleh menyentuh sensitivi agama.
"Justeru itu, JAKIM mengecam tindakan memalsukan
logo halal itu, sama ada secara sengaja atau tujuan prokosi kerana perkara ini
boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilian halal dunia
dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat," katanya.
Beliau berharap pengguna tidak terpengaruh dengan
berita-berita palsu di laman sosial yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak
bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara sedemikian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul
Razak Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu.
0 comments:
Post a Comment