Serbuan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke
atas Persatuan Bible Malaysia di Selangor dan merampas bible yang mempunyai
kalimah Allah dalam versi Melayu dan Iban telah mengeruhkan lagi sensitiviti
agama di Malaysia.
Pada hakikatnya, mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah
Allah tidak dibenarkan digunakan dalam bible versi Melayu di Semenanjung Malaysia
kecuali Sabah dan Sarawak.
Begitu pun, Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew
yang berkeras supaya gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah dan
bahasa Melayu dalam perhimpunan mingguan mereka.
Ini secara langsung telah melanggar keputusan mahkamah
seperti mana yang telah dipersetujui kedua-dua pihak dan akur akan keputusan
mahkamah.
Semua pihak termasuk ahli politik perlu sama-sama
mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan dan tidak
sewenang-wenangnya bersetuju jika ditukar.
Malah tidak boleh wujud elemen double standard kerana ingin menjaga kepentingan sesetengah pihak
hingga melupakan undang-undang yang sepatutnya dipertahankan.
Ini adalah asas dalam prinsip kenegaraan iaitu
menghormati undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Ini yang perlu didukung
sebagai rakyat, apatah lagi pemimpin politik.
Jika nak pertahankan apa juga anutan agama tidak menjadi
masalah. Tidak pernah lagi kerajaan menghalang anutan mana-mana agama lain
untuk mempraktikkan seperti mana dalam perlembagaan.
0 comments:
Post a Comment