Media mahupun pengamal media sosial propembangkang sudah
mula mempromosikan aktiviti ceramah berbentuk kempen Anwar Ibrahim di kawasan
DUN Kajang sejak beliau mengumumkan sebagai calon DUN Kajang.
Malah, lebih teruk Anwar Ibrahim bersama dengan Menteri
Besar Selangor, Khalid Ibrahim berkempen secara terang di surau dan masjid di
sekitar Kajang. Itu pun polis masih belum menerima laporan berhubung kempen
awal yang dilakukan Anwar Ibrahim.
Seperti biasa dalam perkara ini polis mahupun SPR akan ‘kalah’
disebabkan sikap licik Anwar Ibrahim dalam setiap hal dan boleh dikatakan kebal
dalam undang-undang negara.
Susulan daripada polis akan memanggil penganjur kempen
membabitkan calon PRK DDUN Kajang, Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan kerana
gagal mengemukakan makluman awal kepada polis sebelum berkempen hanyalah
semata-mata prosedur dan pastinya akan terlepas daripada sebarang bentuk
hukuman biarpun terang melakukan kempen politik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan
berkata, tindakan itu diambil susulan
tiga kertas siasatan yang dibuka polis kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman
2012 iaitu gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen.
Menurutnya polis akan melakukan siasatan secara
menyeluruh di bawah Seksyen 9 (5) akta
berkenaan.
Sehingga kini polis belum lagi menerima sebarang notis
pemberitahuan berhubung beberapa kempen yang diadakan di kawasan DUN
berkenaan baru-baru ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, mereka
yang memulakan kempen lebih awal boleh dikenakan tindakan dan didakwa di bawah
Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kempen sebelum penamaan calon tidak termasuk dalam
kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berdepan risiko hilang
kelayakan bertanding di DUN Kajang sekiranya memulakan kempen lebih awal.
Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah akta itu, boleh
dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan RM20,000 jika melibatkan kanak-kanak.
“Mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan raya, sesiapa
yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000, maka tidak layak
dipilih di dalam pilihan raya.
0 comments:
Post a Comment