TARIKH
|
PERISTIWA
|
6 Jun
|
Pesuruhjaya
Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang semakin berleluasa di
ladang-ladang, lombong dan kilang yang dicetuskan oleh pihak komunis.
|
12 Jun
|
Tiga
orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati di rumah mereka di Johor oleh
lima orang pengganas komunis.
|
14 Jun
|
Sir
Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang
akhbar mengumumkan tentang peningkatan kejadian rusuhan oleh komunis yang
melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang
Eropah.
|
15 Jun
|
Pesuruhjaya
Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan
Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang
sedang berlaku.
|
16 Jun
|
Tiga
orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina
yang bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan
Johor.
|
17 Jun
|
Darurat
diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa
serbuan di pejabat-pejabat Parti Komunis Malaya termasuk Ibu Pejabat
Persatuan Bekas-bekas Anggota MPAJA. Peladang dan pekerja estet diberi
perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis
di Jeram Choh, Johor.
|
21 Jun
|
Polis
membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap.
|
28 Jun
|
Peraturan
Darurat dikeluarkan yang membawa kepada penubuhan pasukan Konstabel Khas. 40
orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Kuala Krau,
Pahang.
|
29 Jun
|
Pengganas
menyerbu pekan Jerantut, Pahang serta membakar Balai Polis dan merampas
barangan di kedai-kedai.
|
1 Julai
|
Pegawai
jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak.
|
5 Julai
|
Polis
dan tentera digabungkan bagi membenteras keganasan komunis.
|
7 Julai
|
Serangan
udara dilancarkan ke atas khemah-khemah pengganas dalam hutan di Perak Utara.
|
8 Julai
|
Salah
seorang ketua pengganas komunis, Tan Kan juga bekas ketua Kesatuan Buruh
Johor ditembak mati dalam satu serangan balas di Johor.
|
9 Julai
|
Dua
peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan india telah terbunuh
dalam satu serangan di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai
Polis di Langkap, Selatan Perak dan seorang konstabel terkorban.
|
10
Julai
|
Polis
dan askar Gurka berjaya membunuh 4 pengganas komunis dan menawan 19
orang pengganas di Kuala Lumpur.
|
12
Julai
|
Pengganas
beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja
China dibunuh dan loji dimusnahkan.Mereka turut mengambilalih estet Senggang
di Kuala Kangsar, Perak. Darurat diisytiharkan di seluruh negara.
|
14
Julai
|
4 orang
awam berbangsa Cina termasuk seorang wanita dibunuh di Ulu Yam,
Selangor.
|
15
Julai
|
3000
anggota polis tambahan dan ramai lagi konstabel khas telah direkrut.
|
15 Jun
|
Pesuruhjaya
Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan
Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang
sedang berlaku.
|
16
Julai
|
Lau
Yew, ahli jawatankuasa Pusat Tentera PKM bersama 10 orang lagi telah terbunuh
dalam satu serangan di Kajang Selangor.
|
17
Julai
|
300
pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Gua Musang, Kelantan. Seorang
polis terbunuh dan 14 orang cedera. Pekan Gua Musang telah diduduki
oleh pengganas selama beberapa hari.
|
20
Julai
|
Seorang
tentera British dan 6 askar Melayu terbunuh manakala 3 cedera dalam satu
serangan hendap di Gua Musang. Di Selangor, seorang guru besar sekolah Cina
telah di bunuh.
|
21
Julai
|
Pengumuman
mengenai pengenalan sistem pendaftaran negara. 2 keluarga bangsa Eropah telah
dihalau dari kediaman mereka dan sebuah konvoi polis turut diserang. Beberapa
bangunan dibakar dalam serangan ke atas 3 buah estet di Perak.
|
Apakah komunis ini masih lagi dianggap pejuang yang
memerdekakan negara? Jelas bahawa komunis bukan sahaja memusuhi kerajaan sedia
ada bahkan membunuh orang awam termasuk pegawai tentera dan askar yang
mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
0 comments:
Post a Comment