Saya terjumpa satu artikel menarik yang ditulis oleh
Mokhtar Petah dalam manuskrip bukunya, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh
yang mengatakan bahawa dulu Mufti Mesir pernah berfatwa bahawa sesiapa yang
menerima ajaran Komunis ini maka ia dikira murtad! Baca tulisan beliau dibawah:
...Pada satu hari aku telah terjumpa surat khabar lama,
’Majlis’, dalam peti di rumah datukku. Aku telah membaca surat khabar
bertulisan Jawi itu dengan mengeja atau merangkak-rangkak. Aku telah membaca
dan memahami rencana pengarangnya, iaitu:
’Punca atau ibu komunis itu ialah di tanah Rusia dan dari
sanalah menjalar ke Benua China ke India dan juga ke Eropah dan dari situ
menjalar pula ke negeri-negeri Islam seperti, Mesir, Turki, Farsi (Iran), dan
negeri-negeri sekelilingnya akan tetapi benih itu tidak dapat hidup dengan
suburnya di negeri-negeri Islam oleh kerana sangat-sangat berlawanan dengan
agama al-Quran – oleh itu Mufti Mesir dengan persetujuan ulama-ulama Azhar
(Universiti al Azhar) memfatwakan bahawa barang siapa yang menerima atau
membenarkan ajaran komunis maka sanya ia telah murtad (keluar dari agama
Islam)...
Anda boleh membaca tulisan penuh beliau seterusnya dalam
artikel pilihan 2 di bawah ini.
Sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1954, di tulis
oleh Dr Purcell, menceritakan berkaitan dengan era-komunis di Tanah Melayu.
0 comments:
Post a Comment