Tindakan Kerajaan Malaysia dengan tidak membenarkan abu mayat
Chin Peng dibawa ke Malaysia merupakan suatu tindakan yang tepat dan mengikut
kehendak rakyat.
Sepanjang tempoh bantahan itu sebanyak 433 laporan polis
telah dibuat oleh rakyat Malaysia termasuk NGO’s dan mereka yang pernah terlibat
dalam kekejaman komunis sepanjang 8 siri bantahan aman terhadap abu mayat Chin
Peng.
Hanya sebahagian sahaja daripada rakyat yang mahu
membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia dengan bermotifkan
politik semata-mata.
“Dalam hal ini, kerajaan harus mengambil kira sentimen
dan reaksi di kalangan anggota pasukan keselamatan, mangsa kezaliman komunis
dan ahli keluarga mereka yang masih menebal,” tegas Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan Fong Kui Lun
(DAP-Bukit Bintang) yang bertanya berhubung rasional abu mendiang Chin Peng
dihalang memasuki Malaysia.
Chin Peng bukanlah seorang warganegara Malaysia dan
beliau telah menerima kerakyatan Thailand dan memiliki pasport negara tersebut
dengan menggunakan nama lain.
Chin Peng dan beberapa anggota Parti Komunis Malaya (PKM)
telah memilih untuk tidak kembali ke Malaysia selepas Perjanjian Damai Hatyai
ditandatangani pada 2 September 1989 walaupun peluang sepenuhnya diberikan
kepada mendiang dan juga pengikutnya.
Selepas daripada tarikh 17 hingga 13 Oktober 1992, tiada
sebarang berita daripada Chin Peng mengenai hasratnya untuk kembali ke Malaysia
sehinggalah beliau melalui peguamnya memohon untuk kembali ke Malaysia melalui
mahkamah.
Rayuan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 6
Disember 2010 kerana melanggar syarat Perjanjian Damai Hatyai.
Dalam hal ini jelas bahawa tindakan Kerajaan Malaysia terhadap
menghalang kemasukan abu mayat Chin Peng ke Malaysia adalah suatu tindakan yang
betul dan tepat serta mengikut kehendak rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment