Wednesday, October 9, 2013


Artikel wajar direnung dan ditenung oleh orang Melayu khususnya pemimpin Melayu yang selama ini mengagungkan pemimpin komunis seperti Chin Peng. Ini mungkin boleh menyedarkan mereka bahawa pemimpin komunis itu sebenarnya pengganas di zaman itu.

Biarpun komunis memerangi kaum Cina namun orang Melayu tidak terkecuali terkena tempias keganasan komunis. Banyak cerita sebelum ini sama ada drama atau filem yang mengisahkan kekejaman komunis di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo yang dibuat berasaskan fakta sejarah, namun ia sedikitpun tidak dipedulikan pemimpin berhaluan kiri yang galak menyokong keganasan komunis ini.


Parti Komunis Malaya (PKM) melantik seorang pemimpin berketurunan Melayu sebagai pengerusi parti itu pada bulan Mei 1949 namun ini tidak bermakna kaum Melayu mendapat keistimewaan dalam parti tersebut.

Kewujudan pemimpin Melayu dalam parti itu hanyalah sebagai ‘wayang’ untuk mengaburi mata penduduk Tanah Melayu bahawa kononnya PKM mengamalkan kesamarataan.

Sebaliknya apa yang tersirat adalah PKM sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi dalam perjuangan mereka. Parti itu memerlukan bantuan dan sokongan orang Melayu kerana mereka merupakan majoriti di Tanah Melayu.

Sebagai contoh, sewaktu diminta memberi taklimat kepada segerombolan peserta PKM yang mengikuti pengajian di Institut Marx and Lenin di Peking (Beijing), China, Musa Ahmad selaku Pengerusi PKM diberi peranan untuk menyampaikan ceramah kepada peserta tentang perkembangan kemajuan pemberontakan PKM di Tanah Melayu.

Dalam ceramah itu, saya berikan penekanan terhadap kejayaan penubuhan Rejimen Ke-10 PKM dan memaklumkan kepada peserta bahawa pengunduran PKM ke sempadan Tanah Melayu-Thailand adalah hanya satu langkah taktikal," katanya.

Malah PKM sebenarnya dan kononnya akan ‘kembali’ dalam satu situasi revolusi yang lebih mantap untuk mewujudkan pemberontakan di Tanah Melayu.

Apa yang menariknya akui Musa, semua isi ceramah itu bertentangan dengan taklimat yang diberikannya kepada salah seorang pemimpin PKM di Tanah Melayu, Siow Chong dan wakil Jabatan Perhubungan Antarabangsa (ILD) sebaik sahaja dia tiba di Peking.

Sumber: Utusan Online


Orang Melayu wajar kembali melihat sejarah bahawa keganasan komunis telah mengakibatkan ramai anak, isteri, suami, nenek, datuk serta cucu yang hilang anggota keluarga.


Jangan gadaikan keamanan dan kedamaian hidup di Malaysia dengan menyokong perjuangan komunis yang bersifat pengganas.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL