Showing posts with label Komunis. Show all posts
Showing posts with label Komunis. Show all posts

Thursday, October 24, 2013


Tindakan Kerajaan Malaysia dengan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa ke Malaysia merupakan suatu tindakan yang tepat dan mengikut kehendak rakyat.

Sepanjang tempoh bantahan itu sebanyak 433 laporan polis telah dibuat oleh rakyat Malaysia termasuk NGO’s dan mereka yang pernah terlibat dalam kekejaman komunis sepanjang 8 siri bantahan aman terhadap abu mayat Chin Peng.

Hanya sebahagian sahaja daripada rakyat yang mahu membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia dengan bermotifkan politik semata-mata.

“Dalam hal ini, kerajaan harus mengambil kira sentimen dan reaksi di kalangan anggota pasukan keselamatan, mangsa kezaliman komunis dan ahli keluarga mereka yang masih menebal,” tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang bertanya berhubung rasional abu mendiang Chin Peng dihalang memasuki Malaysia.

Chin Peng bukanlah seorang warganegara Malaysia dan beliau telah menerima kerakyatan Thailand dan memiliki pasport negara tersebut dengan menggunakan nama lain.

Chin Peng dan beberapa anggota Parti Komunis Malaya (PKM) telah memilih untuk tidak kembali ke Malaysia selepas Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 September 1989 walaupun peluang sepenuhnya diberikan kepada mendiang dan juga pengikutnya.

Selepas daripada tarikh 17 hingga 13 Oktober 1992, tiada sebarang berita daripada Chin Peng mengenai hasratnya untuk kembali ke Malaysia sehinggalah beliau melalui peguamnya memohon untuk kembali ke Malaysia melalui mahkamah.

Rayuan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember 2010 kerana melanggar syarat Perjanjian Damai Hatyai.


Dalam hal ini jelas bahawa tindakan Kerajaan Malaysia terhadap menghalang kemasukan abu mayat Chin Peng ke Malaysia adalah suatu tindakan yang betul dan tepat serta mengikut kehendak rakyat Malaysia. 

Thursday, October 17, 2013


 
Cubaan pemimpin berhaluan kiri yang mahu membawa masuk fahaman komunis di Malaysia dibidas bekas pejuang kemerdekaan dan mereka yang terlibat langsung dalam memerangi komunis.

Semenjak kematian Chin Peng yang dikaitkan dengan Pakatan Pembangkang membuatkan rakyat menjadi marah.

Membawa masuk fahaman komunis di Malaysia adalah sesuatu yang sukar diterima khususnya rakyat yang kehilangan anggota keluarga akibat kekejaman komunis.


Rakyat perlu rasa bersyukur kerana Malaysia berjaya ditubuhkan dan dibangunkan tanpa sebarang fahaman Komunisme.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa fahaman tersebut adalah lebih baik bagi menubuhkan sesebuah negara adalah tidak berasas sama sekali.

"Mereka kata tubuhkan negara dengan fahaman Komunis adalah lebih baik tapi cuba bandingkan apa yang telah terjadi di Rusia, Vietnam dan Jerman.

Pelancaran itu adalah bagi mengingati sejarah penubuhan negara Malaysia pada 16 September 1963.

Jelas Shabery, konsep fahaman Komunis memerlukan sesebuah negara itu ditubuhkan melalui pertumpahan darah tetapi negara Malaysia berjaya ditubuhkan tanpa berlaku sebarang kekerasan dan rakyat di negara ini perlu mengingati detik tersebut.

Katanya, ideologi Komunisme yang menjanjikan kesamarataan dan keselesaan sebenarnya tidak mampu dilaksanakan dan tidak mampu memberi kebaikan kepada negara yang ingin ditubuhkan.

"Beratus negara di dunia telah melalui penderitaan dari pelbagai aspek akibat proses penubuhan negara melalui fahaman Komunisme dan rakyat Malaysia bertuah kerana hasil kebijaksanaan yang ditunjukkan Tunku Abdul Rahman berjaya memerdekakan negara ini tanpa peperangan dan hanya melalui proses perundingan persahabatan," katanya.




Wednesday, October 9, 2013


Artikel wajar direnung dan ditenung oleh orang Melayu khususnya pemimpin Melayu yang selama ini mengagungkan pemimpin komunis seperti Chin Peng. Ini mungkin boleh menyedarkan mereka bahawa pemimpin komunis itu sebenarnya pengganas di zaman itu.

Biarpun komunis memerangi kaum Cina namun orang Melayu tidak terkecuali terkena tempias keganasan komunis. Banyak cerita sebelum ini sama ada drama atau filem yang mengisahkan kekejaman komunis di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo yang dibuat berasaskan fakta sejarah, namun ia sedikitpun tidak dipedulikan pemimpin berhaluan kiri yang galak menyokong keganasan komunis ini.


Parti Komunis Malaya (PKM) melantik seorang pemimpin berketurunan Melayu sebagai pengerusi parti itu pada bulan Mei 1949 namun ini tidak bermakna kaum Melayu mendapat keistimewaan dalam parti tersebut.

Kewujudan pemimpin Melayu dalam parti itu hanyalah sebagai ‘wayang’ untuk mengaburi mata penduduk Tanah Melayu bahawa kononnya PKM mengamalkan kesamarataan.

Sebaliknya apa yang tersirat adalah PKM sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi dalam perjuangan mereka. Parti itu memerlukan bantuan dan sokongan orang Melayu kerana mereka merupakan majoriti di Tanah Melayu.

Sebagai contoh, sewaktu diminta memberi taklimat kepada segerombolan peserta PKM yang mengikuti pengajian di Institut Marx and Lenin di Peking (Beijing), China, Musa Ahmad selaku Pengerusi PKM diberi peranan untuk menyampaikan ceramah kepada peserta tentang perkembangan kemajuan pemberontakan PKM di Tanah Melayu.

Dalam ceramah itu, saya berikan penekanan terhadap kejayaan penubuhan Rejimen Ke-10 PKM dan memaklumkan kepada peserta bahawa pengunduran PKM ke sempadan Tanah Melayu-Thailand adalah hanya satu langkah taktikal," katanya.

Malah PKM sebenarnya dan kononnya akan ‘kembali’ dalam satu situasi revolusi yang lebih mantap untuk mewujudkan pemberontakan di Tanah Melayu.

Apa yang menariknya akui Musa, semua isi ceramah itu bertentangan dengan taklimat yang diberikannya kepada salah seorang pemimpin PKM di Tanah Melayu, Siow Chong dan wakil Jabatan Perhubungan Antarabangsa (ILD) sebaik sahaja dia tiba di Peking.

Sumber: Utusan Online


Orang Melayu wajar kembali melihat sejarah bahawa keganasan komunis telah mengakibatkan ramai anak, isteri, suami, nenek, datuk serta cucu yang hilang anggota keluarga.


Jangan gadaikan keamanan dan kedamaian hidup di Malaysia dengan menyokong perjuangan komunis yang bersifat pengganas.

Sunday, October 6, 2013


Semenjak kematian Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng diuar-uarkan pada 16 September 2013, beberapa pihak yang mengamalkan idealogi komunis telah ‘membongkar’ kisah-kisah Chin Peng dan komunis tanpa segan silu.

Lebih tidak sopan lagi apabila mereka ini mahu abu mayat Chin Peng itu dibawa ke Malaysia. Namun, tidak semudah itu apabila majoriti rakyat Malaysia khususnya bekas-bekas pejuang dan askar yang hidup di zaman kesengsaraan komunis.


Banyak yang tidak diketahui tentang kehidupan seharian pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) oleh orang ramai, termasuk anggota bawahan PKM sendiri, kerana mereka menjalani kehidupan yang penuh rahsia dan sentiasa berahsia.

Selain itu, ramai juga anggota PKM tidak tahu pergerakan pemimpin-pemimpin mereka dan bagaimana mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain, sehingga ramai yang ingin tahu tentang rahsia itu.

Ketika itu, PKM menghadapi tekanan yang hebat daripada pasukan keselamatan terutama selepas Gabenor Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat pada 21 Jun 1948.

Selama ini, mungkin ramai yang beranggapan pemimpin-pemimpin PKM tinggal di dalam hutan bagi menggelakkan ditangkap oleh pasukan keselamatan atau memimpin anggota-anggota PKM dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Sedang hakikatnya, ramai pemimpin PKM termasuk Setiausaha Agung PKM, Chin Peng sendiri tidak selalunya berada di dalam hutan, sebaliknya tinggal di banglo yang mewah di luar negara.

Chin Peng hanya berada di Malaya sehingga 1961 dan selepas pertengahan 1961, Chin Peng sudah berpindah ke Peking bersama-sama isterinya Li Chih dan Chen Tien, seorang daripada anggota Jawatankuasa Pusat PKM yang bertindak sebagai penterjemah semasa rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember, 1955, dan mereka menjalani kehidupan yang serba mewah.

Sumber: Utusan Online



Apakah pihak-pihak yang mendakwa ‘rakan’ dan penyokong komunis itu mahu mengakui Chin Peng itu hidup mewah selepas melarikan diri setelah keganasan komunis berjaya dipatahkan pihak berkuasa Malaysia?


Jika ramai mengatakan pemimpin komunis Chin Peng hidup menderita dan mengalami kesukaran selepas meninggalkan Malaysia, itu jawapan yang salah.

Selepas mengangkat senjata, Chin Peng telah melarikan diri bagi mengelak dirinya ditangkap pihak berkuasa yang secara habis-habisan menghapuskan saki baki komunis.


Poster propaganda Parti Komunis Malaya dalam bahasa Melayu untuk menarik sokongan kaum Melayu supaya menyokong komunisme dan mengangkat senjata menentang kerajaan Malaysia.

Chin Peng berlepas dari Malaya menggunakan jalan darat melalui Sungai Mekong ke Laos dan kemudian menuju ke Hanoi.

Dari Hanoi mereka pergi ke China menggunakan pengangkutan udara,dan pesawat yang membawa Chin Peng mendarat secara rahsia di Lapangan Terbang Tentera di Peking dan disambut oleh seorang yang di kenali sebagai Huang Wei dan Pengerusi PKM, Musa Ahmad.

Kedatangan Chin Peng di Peking hanya diketahui oleh beberapa orang pemimpin PKM yang dipercayai sahaja, dan sejak itu beliau terus menetap di China kecuali untuk menghadiri persidangan antarabangsa di luar China.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PKM yang lain seperti Musa Ahmad, Lau Li (Timbalan Setiausaha Agung PKM), dan anggota Jawatankuasa Pusat PKM lain seperti Siow Chong, Siow Meng, Liew Yit Fan, Shi Meng dan Chan Tien, kesemua mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat secara rahsia menggunakan pelbagai pengangkutan dan cara, termasuk menggunakan nama samaran dan pasport pelbagai negara.

Pemimpin Melayu PKM dalam Rejimen Ke-10 seperti Shamsiah Pakeh dan Rashid Mydin juga menggunakan kaedah yang sama dan menggunakan nama samaran serta pasport China untuk bergerak ke luar negara.

Dalam sesetengah kes, ada pemimpin PKM masuk ke negara-negara tertentu melalui cara diseludup, seperti dalam kes PKM meminta bantuan Parti Komunis Kesatuan Soviet untuk menyeludup elemen-elemen PKM di Peking ke Sumatera menggunakan jalan laut.

Chin Peng sendiri menggunakan pasport diplomatik China untuk menghadiri persidangan antarabangsa, manakala pemimpin PKM yang lain pula menggunakan pasport antarabangsa China untuk keluar negara.

Selalunya mereka juga tidak akan menggunakan nama sebenar sebaliknya menggunakan nama samaran bagi merahsiakan pergerakan dan kehadiran mereka.

Ketika berada di luar negara untuk menghadiri persidangan dan kongres antarabangsa, pemimpin-pemimpin PKM juga mengelak untuk bertemu dengan orang asing serta bercakap kepada orang yang tidak perlu.

Sumber: Utusan Online

Idealogi komunis tidak pernah pudar selagi beberapa pemimpinnya hidup kerana mereka percaya Malaysia wajar menjadi sebuah negara komunis.


Itulah yang terjadi sekarang dengan golongan muda begitu mudah diresapi dengan idealogi komunis oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab. Bagi mempertahankan bumi Malaysia daripada dipengaruhi idealogi komunis, setiap rakyat harus memainkan peranan penting dengan menolak pihak-pihak yang bertanggungjawab menyebarkan idealogi dan fahaman komunis.

Friday, October 4, 2013


Kenapa sebilangan rakyat Malaysia sanggup bersekongkol dengan komunis demi survival politik sesetengah pemimpin parti politik yang berhaluan kiri? Mungkin ada sebilangan pemimpin berhaluan kiri ini tidak pernah hidup di zaman keganasan komunis yang banyak mengorbankan rakyat dan pejuang negara.

Bagi beberapa bekas pejuang negara yang pernah menentang dan memerangi komunis, pastinya kekejaman komunis tidak pernah dilupakan bahkan cerita itu sentiasa tersebar sehingga ke anak cucu cicit mereka.


Selepas Rejimen Ke-10 yang dianggotai oleh orang Melayu ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada 21 Mei 1949, sayap bersenjata PKM itu terus diberi tugas pertama untuk melancarkan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan Tanah Melayu.

Rejimen Ke-10 PKM ditubuhkan pada satu pertemuan sulit di dalam hutan Kerdau, Pahang yang dihadiri Chin Peng. Turut hadir pada pertemuan sulit itu ialah beberapa pemimpin Melayu termasuk Haji Hashim, Abdullah CD, Musa Ahmad dan Wahi Annuar.

Dalam pertemuan sulit itu, Chin Peng menyatakan bahawa PKM perlu menubuhkan sebuah rejimen Melayu bagi meneruskan pemberontakannya, selain untuk menunjukkan bahawa PKM adalah sebuah parti berbilang kaum.

Chin Peng juga menyatakan bahawa rejimen itu tidak mempunyai kelengkapan senjata mencukupi dan mereka perlu mendapatkan senjata sendiri.

Maka serangan hendap itu dilancarkan bertujuan mendapatkan bekalan senjata bagi keperluan Rejimen Ke-10.

Pada 5 Ogos 1949, PKM menerusi lima platun Rejimen Ke-10 melancarkan serangan hendap itu ke atas konvoi polis di Batu 13, Jalan Chenor, Pahang.

Dalam buku Memoir Abdullah CD Bahagian Kedua, beliau pernah menceritakan tentang kejadian itu:

''Rupa bumi di situ agak baik terletak di suatu selekoh. Kereta-kereta terpaksa mengurangkan kelajuan apabila sampai di sini. Saya mengatur barisan hendapan lebih kurang sebagai berikut: Platun 1 dipimpin Mat Jelita menghendap di barisan hadapan, dilengkapi dengan selaras breengun. Platun 2 diketuai Johan menghendap di suatu jurusan sebagai penembak utama, juga dilengkapi dengan selaras breengun. Platun 4 diketuai Hasan menghendap di tengah yang merupakan sudut lereng.

Naib Ketua Platun Rosli memimpin satu regu menghendap di jalan menghala Temerloh untuk menghadang bantuan dan satu seksyen lagi menghendap di jalan menghala Paya Pasir, juga untuk menghadang bantuan. Saya memilih kedudukan bersama dengan Platun 1, berhampiran dengan penembak breengun.

SERANG HENDAP

Kami tidak mengetahui secara tepat pasukan keselamatan akan melalui jalan itu. Tapi melalui penyiasatan kami, pasukan keselamatan sentiasa melalui jalan tersebut. Lebih-lebih lagi penjajah British sedang membina sebuah balai polis baru di Kampung Paya Pasir untuk memperhebat kawalan.

Tidak lama selepas PKM mengatur barisan serangan hendap, tiga buah trak askar dan polis berkekuatan kira-kira 1 platun yang dipimpin pegawai British melalui jalan tersebut. Sebaik-baik sahaja tiga kenderaan itu muncul, tembakan serentak segera dimuntahkan.

Kedua-dua kereta tersebut terhenti, salah sebuah terbabas ke dalam parit di tebing yang tinggi di hadapan Platun 4. Sejumlah askar dan polis luka atau mati dalam rangkaian tembakan pertama itu. Mana yang masih hidup melompat turun dari kereta melepaskan tembakan balas.

Pertempuran sengit berlaku. Saya mengeluarkan seruan supaya pasukan keselamatan menyerah diri. Selepas seruan saya itu, saya nampak seorang polis mengambil beg pegawainya (mungkin berisikan wang atau dokumen penting) dan cabut lari dengan sekuat-kuatnya. Beberapa laras senapang ditembak ke arahnya, tapi tak kena.

Walaupun ramai anggota keselamatan sudah bergelimpangan atau menyerah diri, tapi pertempuran tak dapat ditamatkan. Seorang polis berpangkat sarjan yang berlindung di sebalik kereta yang tersenget ke dalam parit melakukan perlawanan. Di belakangnya tebing yang tinggi. Kedudukannya amat menyusahkan kami menembaknya. Saya arahkan kawan-kawan buang bom tangan. Beberapa biji bom tangan dilemparkan, tetapi tidak dapat membunuhnya. Sehingga sejam lebih bertempur dan kawan-kawan menyerbu ke jalan raya barulah dia mengangkat tangan menyerah diri. Demikianlah pertempuran ditamatkan. Ketika kami merampas senjata sarjan tersebut didapati pistolnya sudah kehabisan peluru.

Beberapa kawan yang tak sabar memakinya dengan mengatakan "kamu mahu mati bersama orang putih".

Dalam pertempuran itu 11 orang anggota keselamatan ditembak mati termasuk pegawai British dan menawan 17 orang. Di antara 17 orang yang ditawan itu 14 orang di antaranya tercedera. Kami berjaya merampas 22 laras senapang, antaranya sepucuk breengun, 4 pucuk steengun, 2 pucuk pistol dan 5,000 biji berbagai jenis peluru serta sejumlah dokumen. Kereta pasukan keselamatan itu telah kami bakar. Breengun yang dirampas dalam pertempuran itu masih tersimpan di muzium kami sebagai kenangan sejarah. Ketika dirampas breengun itu diisi dalam kotak, menandakan senjata itu belum dipakai lagi.

Selain serangan hendap ke atas pasukan keselamatan, PKM turut terlibat dalam pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951.

Pada hari itu, Sir Henry Gurney bersama Lady Gurney dan Setiausaha Sulit beliau, D.J Staples bertolak dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser pada pukul 10.45 pagi. Mereka menaiki sebuah Rolls Royce, kenderaan rasmi beliau, diiringi pasukan polis yang menaiki sebuah Range Rover.

Setibanya di selekoh di sebatang jalan antara Kuala Kubu Bharu-Pahang yang dikenali sebagai The Gap, kira-kira pukul 1 petang, mereka telah diserang hendap.

KEJAM

Sebaik-baik sahaja mereka dihujani peluru, Sir Henry Gurney bertindak keluar dari kereta, cuba mencari arah tembakan dilepaskan, beberapa saat kemudian beliau sendiri menjadi mangsa peluru yang dilepaskan oleh pengganas komunis yang bersembunyi di sebalik rimbunan hutan hijau di sekitar kawasan tersebut.

Menurut keterangan polis bantuan yang tiba di tempat kejadian, selepas keadaan tenang, pemandu Sir Henry Gurney ditemui meniarap di sisi kereta Rolls Royce dengan kecederaan di kepala dan kaki, sementara Sir Henry Gurney yang keluar dari kereta ditemui tertiarap tidak bernyawa di dalam longkang berhampiran kereta beliau.

Lady Gurney dan D.J Staples ditemui selamat dalam kereta berkenaan tanpa sebarang kecederaan, sementara tujuh orang konstabel polis dari pasukan pengiring ditemui cedera.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Hasil bedah siasat mendapati Sir Henry Gurney menemui ajal akibat kecederaan parah di kepala, sebutir peluru telah dikeluarkan dari jasad Pesuruhjaya Tinggi British itu.

Perancang Pembunuhan Henry Gurney, dikenali sebagai Siu Mah akhirnya dibunuh selepas lapan tahun diburu pihak berkuasa.

Siu Mah yang dilantik sebagai komander PKM bersama pasukannya telah bergerak dari Johor ke Pahang dengan misi menimbulkan kekacauan di negeri tersebut. Antara keganasan yang dilakukan adalah serangan ke atas kenderaan yang membawa Pegawai Daerah Bentong, A. D. Stutchbury.

Dalam kejadian tersebut, isteri pegawai daerah berkenaan bersama seorang penterjemah telah ditawan, sementara Stutchbury bersama seorang lagi pembantu dapat meloloskan diri.

Isteri Stutcbury dan penterjemah itu kemudiannya dilaporkan telah dibunuh atas arahan Siu Mah.

Kekejaman PKM bukan setakat membunuh pegawai pegawai kerajaan Tanah Melayu dan orang awam, tetapi turut melibatkan anggota PKM sendiri.

Selama ini dilaporkan seorang pemimpin wanita PKM, Shamsiah Fakeh dikatakan pernah membunuh anak kecilnya sendiri di dalam hutan bagi mengelak ditahan dan melambatkan pergerakan anggota Rejimen Ke-10 yang diburu pasukan keselamatan.

Tetapi cerita yang sebenarnya adalah bayinya yang ketika itu baru dilahirkan dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbang tangisan bayi itu akan menyebabkan kehadiran komunis di kawasan itu diketahui oleh pasukan keselamatan.
Bekas Pengerusi PKM, Musa Ahmad semasa wawancara di RTM pada 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai. Dan dalam Utusan Malaysia pada 1987, seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Shamsiah menafikan kedua-dua cerita tersebut.

Sumber: Utusan Online



Apakah rakyat Malaysia yang kini dikatakan bijak pandai boleh diperbodohkan oleh sebilangan pemimpin politik berhaluan kiri hanya dengan mengatakan komunis itu pejuang kemerdekaan negara? Ingatlah bahawa fakta sejarah tidak pernah dibohongi  sebaliknya manusia yang bersifat rakus sahaja yang sanggup memutarbelitkan fakta sejarah.

Thursday, October 3, 2013




Ini boleh dijadikan pengajaran kepada rakyat Malaysia bahawa jangan hanya kerana kepentingan politik semata-mata maka sanggup menidakkan sejarah negara dengan mengangkat komunis sebagai hero negara dengan merujuk kepada kejadian tragedis Bukit Kepong.

Jika hendak meraih undi rakyat, janganlah pula sengaja menidakkan sejarah sehingga sanggup berbohong kepada rakyat. Sejarah tidak pernah menipu kita sebaliknya kita yang sanggup memutarbelitkan fakta demi kepentingan peribadi.


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

"Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya.


Apakah kita sanggup melihat generasi kita pada masa akan datang terpengaruh dengan dakyah dan idealogi komunis yang secara jelas membelakangkan agama dan bangsa Malaysia?


Justeru, sebagai ahli politik yang berfikiran matang dan menjadi penghormatan oleh rakyat, maka hendaklah berfikiran rasional dan tidak membohongi rakyat kerana untuk mendapatkan undi. 


Selain blog, facebook dan twitter, sebuah channel YouTube ‘Halilintar Tidak Gentar’ telah diwujudkan bagi memberikan saingan ke atas beberapa channel YouTube yang banyak berpaksikan menyokong Chin Peng dan komunis.



Ini adalah sebahagian daripada channel video yang berkaitan komunis. Marilah sama-sama menyokong usaha anak-anak muda seperti kami ini yang cintakan negara dengan memberikan sokongan penuh ke atas penerbitan video YouTube dan media sosial yang lain.

Wednesday, October 2, 2013


Kenyataan terburu-buru kebanyakan pemimpin politik di Malaysia berhubung sumbangan dan peranan komunis yang diterajui Chin Peng bersifat kepentingan politik semata-mata tanpa memikirkan sikap kemanusiaan yang telah berlaku ke atas ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah terkorban dalam semasa zaman komunis.

Jangan hanya kerana kepentingan politik maka rakyat dan bekas-bekas tentera dan polis yang telah terkorban dan cacat anggota badan disebabkan kerakusan dan keganasan komunis menjadi mangsa keadaan.

Berdasarkan catatan di bawah hasil tulisan pendakwah terkenal Prof Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah dijangka dapat menyedarkan pemahaman bekas Menteri Besar Selangor yang telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan fakta sejarah.


KENYATAAN bekas Menteri Besar Selangor yang mengatakan gambaran salah dilakukan oleh beberapa media tertentu, mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia perlu diberikan perhatian.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, media tersebut menyelewengkan kebenaran dan menakut-nakutkan rakyat dengan melabelkan Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara.

Katanya, “memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun”.

Pendapat ini bercanggah dengan fakta ilmu dan akademik. Sepanjang pembelajaran dan kajian saya, berlatar belakangkan sejarah dan politik, ketika kependudukan Jepun selama hampir 4 tahun, yang menjadi mangsa adalah orang Cina, bukan orang Melayu, dari segi peratusan bilangan penduduk ketika itu.

Orang Jepun amat memusuhi orang Cina. Begitu juga Cina terhadap Jepun. Permusuhan dan dendam tidak berkesudahan. Berasaskan sejarah, Jepun bermusuh dengan negara China sejak dahulu lagi. Kedua negara ini pernah berperang antara 1895 dan 1937.

Apabila Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu pada 1941-1945, kesempatan digunakan untuk membalas dendam kepada orang Cina. Orang Cina berada dalam ketakutan. Jepun tidak teragak-agak untuk membunuh dan menyeksa orang Cina yang ditemui.

Jepun turut mahukan orang Melayu memusuhi Cina, walaupun Melayu tidaklah bersifat sedemikian. Untuk menjayakan misi itu, Jepun berbaik-baik dengan Melayu. Ramai Melayu dilantik menjadi polis dan pengintip.

Orang Melayu diminta memberi maklumat  kedudukan dan pergerakan orang Cina. Pendek kata, tidak ramai orang Melayu dibunuh atau dianiaya oleh Jepun.

Isu hubungan dua hala antara Malaysia-China, bukanlah bermakna kita mengiktiraf komunis. Dari hubungan diplomatik dan ekonomi, tidak salah kita mengadakan hubungan dengan negara komunis termasuk Rusia, Korea Selatan dan sebagainya. Kita tidak akan menjadi komunis dengan hubungan ini.

Fakta mengatakan China banyak memberi bantuan kepada PKM turut boleh dipertikaikan. Sebenarnya tidak banyak bantuan  diterima daripada PKM daripada komunis China.

Ini kerana, mereka yang berhijrah ke negara lain sudah tidak diiktiraf dan diterima untuk kembali semula ke China. Negara China juga pada ketika itu dalam kesusahan. Bagaimana komunis China boleh bantu PKM dengan begitu banyak?

Tanya orang Cina pada hari ini, adakah mereka mahu kembali ke China. Semua tidak mahu. Sekadar melawat China bolehlah. Malah ramai rakyat China ingin menjadi warganegara Malaysia.

Kata bekas menteri besar itu lagi: “Kita harus anti Jepun dan British lebih besar lagi. Mereka bunuh orang Melayu lebih ramai daripada komunis. Kekejaman British juga tidak boleh dipandang enteng setelah Tok Janggut mati digantung di Kelantan dan Tok Bahaman dibunuh di Pahang”. Kempen menentang penjajah British dan Jepun perlu lebih hebat”.

Selaku seorang negarawan, saya amat berharap bekas menteri besar itu tidak keluar kenyataan  menyakitkan rakan-rakan seperjuangan beliau sebelum ini.

Membandingkan penjajahan British yang begitu lama dengan kependudukan Jepun (bukan penjajahan) yang pendek adalah ultra kiasu.

Cubalah fahami perancangan licik ultra kiasu daripada memusuhi rakan seperjuangan dahulu. Apakah kita tidak nampak seluruh ultra kiasu bersatu hati apabila kepentingan dan identiti mereka tercabar dan dicabar. Mereka akan mencari seribu satu macam alasan untuk menjustifikasikan tindakannya seolah-olah nampak betul dan mempunyai bukti.

Pada saya komunis tetap komunis. Tidakkah kita bersimpati dengan mereka yang menjadi mangsa komunis seperti ribuan anggota polis dan tentera serta ahli keluarga terkorban dan cacat, akibat keganasan komunis sebelum berjaya dibanteras sepenuhnya?

Apakah kita sudah lupa jerangkap samar dipasang  komunis di dalam hutan serta kampung-kampung Melayu yang dibakar komunis?

Pada saya, sama ada Chin Peng disemadi di sini atau tidak, bukan isu. Sama juga kedudukan Dr Azhar dan Nordin Mat Top. Dalam Islam, apabila matinya anak Adam maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dan doa daripada anak-anak soleh.

Sebab itu kita tidak kisah ada tanda kubur (abu) atau tidak. Dahulu, ketika menunaikan haji menggunakan kapal, jika ada jemaah  meninggal, ia akan dihanyutkan ke dalam laut. Begitu juga mereka yang meninggal ketika tunai haji. Rohnya sudah kembali kepada ALLAH. Jasad sudah tidak penting lagi ketika itu.



p/s: Dalam artikel sebenar, Sinar Harian telah GAGAL meletakkan perkataan Selangor ke atas ayat bekas menteri besar... yang sebenarnya mengikut pendapat penulis blog sebagai bekas Menteri Besar Selangor.


Persatuan Bekas Tentera Malaysia negeri Terengganu (PBTMT) akan menentang keras sebarang bentuk usaha oleh pihak tertentu untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini.

Yang Dipertua PBTMT Abdullah Che Muda berkata bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu bukan rakyat negara ini, sebaliknya penderhaka yang menyebabkan kesengsaraan kepada ramai rakyat negara ini.

Abdullah memberi amaran kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya menghentikan usaha meracuni fikiran rakyat dengan cuba menonjolkan kononnya Chin Peng ialah wira dan pejuang negara.

"Kami para bekas tentera yang berkhidmat di zaman komunis tidak akan melupai apa yang Chin Peng dan pengikutnya lakukan hingga menyebabkan ada antara kami yang merasa deritanya sampai ke hari ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata ramai bekas tentera menganggap Chin Peng sebagai seteru mereka hingga dendam terhadapnya masih berkobar sehingga sekarang.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, dilaporkan meninggal dunia pada 16 September akibat sakit tua di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.


Sumber: Bernama


Bekas tentera, Rosli Adnan Nasution, 54, yang putus kedua-dua kakinya kerana terpijak jerangkap samar dipasang Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand, amat emosi jika disebut nama komunis ataupun pemimpinnya Chin Peng.

“Mendengar perkataan ‘komunis’ itu pun saya sudah benci, apa lagi jika pengganas itu (Chin Peng) disemadikan di bumi bertuah ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan setengah pihak yang masih mendewakan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara dan menyokong untuk membawa balik abunya ke negara ini.

Setiausaha Agung PKM, Chin Peng, 89, meninggal dunia di Bangkok, Thailand kerana sakit tua pada Isnin lepas.

Rosli berkata, walaupun beliau tidak terlibat dalam operasi menentang komunis semasa zaman darurat iaitu dari dari 1948 hingga 1960, kesan-kesan peninggalan kumpulan itu telah menyebabkan beliau cacat.

“Saya antara 400 askar yang cedera akibat terpijak jerangkap samar,” katanya dan menambah, walaupun keadaan darurat semakin reda selepas zaman darurat, bagaimanapun ideologi dan ancaman komunis masih berterusan sehingga boleh nampak semangat mereka yang membara."

Rosli berkata, akibat kejadian itu, beliau kini terpaksa bergantung kepada sepasang kaki palsu untuk keluar berjalan, dan kerusi roda untuk bergerak di rumah.

Beliau yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand pada 1970-an, bukan sahaja terpaksa meninggalkan keluarga, bahkan pernah tidak makan beberapa hari kerana terputus bekalan.

Pihak yang cuba menggambarkan Chin Peng dan PKM sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ jelas amat keliru dengan wayang yang dimainkan oleh kedua-duanya, katanya.

Beliau berharap rakyat Malaysia, terutama generasi muda, tidak mudah terpengaruh dengan fakta yang sengaja diputarbelitkan lebih-lebih lagi yang menggambarkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.


Sumber: Bernama



TARIKH
PERISTIWA
6 Jun
Pesuruhjaya Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang semakin berleluasa di ladang-ladang, lombong dan kilang yang dicetuskan oleh pihak komunis.
12 Jun
Tiga orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati di rumah mereka di Johor oleh lima orang pengganas komunis.
14 Jun
Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang akhbar mengumumkan tentang peningkatan kejadian rusuhan oleh komunis yang melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang Eropah.
15 Jun
Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.
16 Jun
Tiga orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina yang bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan Johor.
17 Jun
Darurat diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa serbuan di pejabat-pejabat Parti Komunis Malaya termasuk Ibu Pejabat Persatuan Bekas-bekas Anggota MPAJA.  Peladang dan pekerja estet diberi perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Jeram Choh, Johor.
21 Jun
Polis membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap.
28 Jun
Peraturan Darurat dikeluarkan yang membawa kepada penubuhan pasukan Konstabel Khas. 40 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Kuala Krau, Pahang.
29 Jun
Pengganas menyerbu pekan Jerantut, Pahang serta membakar  Balai Polis dan merampas barangan di kedai-kedai.
1 Julai
Pegawai jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak.
5 Julai
Polis dan tentera digabungkan bagi membenteras keganasan komunis.
7 Julai   
Serangan udara dilancarkan ke atas khemah-khemah pengganas dalam hutan di Perak Utara.
8 Julai
Salah seorang ketua pengganas komunis, Tan Kan juga bekas ketua Kesatuan Buruh Johor ditembak mati dalam satu serangan balas di Johor.
9 Julai  
Dua peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan india telah terbunuh dalam satu serangan di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai Polis di Langkap, Selatan Perak dan seorang konstabel terkorban.
10 Julai
Polis dan askar Gurka berjaya membunuh 4 pengganas  komunis dan menawan 19 orang pengganas di Kuala Lumpur.
12 Julai
Pengganas beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja China dibunuh dan loji dimusnahkan.Mereka turut mengambilalih estet Senggang di Kuala Kangsar, Perak. Darurat diisytiharkan di seluruh negara.
14 Julai
4 orang awam berbangsa Cina termasuk seorang wanita   dibunuh di Ulu Yam, Selangor.
15 Julai
3000 anggota polis tambahan dan ramai lagi konstabel khas telah direkrut.
15 Jun
Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.
16 Julai
Lau Yew, ahli jawatankuasa Pusat Tentera PKM bersama 10 orang lagi telah terbunuh dalam satu serangan di Kajang Selangor.
17 Julai
300 pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Gua Musang, Kelantan. Seorang polis terbunuh dan 14 orang cedera.  Pekan Gua Musang telah diduduki oleh pengganas selama beberapa hari.
20 Julai
Seorang tentera British dan 6 askar Melayu terbunuh manakala 3 cedera dalam satu serangan hendap di Gua Musang. Di Selangor, seorang guru besar sekolah Cina telah di bunuh.
21 Julai
Pengumuman mengenai pengenalan sistem pendaftaran negara. 2 keluarga bangsa Eropah telah dihalau dari kediaman mereka dan sebuah konvoi polis turut diserang. Beberapa bangunan dibakar dalam serangan ke atas 3 buah estet di Perak.


Apakah komunis ini masih lagi dianggap pejuang yang memerdekakan negara? Jelas bahawa komunis bukan sahaja memusuhi kerajaan sedia ada bahkan membunuh orang awam termasuk pegawai tentera dan askar yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh. 

POPULAR ARTIKEL