Showing posts with label Chin Peng. Show all posts
Showing posts with label Chin Peng. Show all posts

Sunday, October 6, 2013


Semenjak kematian Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng diuar-uarkan pada 16 September 2013, beberapa pihak yang mengamalkan idealogi komunis telah ‘membongkar’ kisah-kisah Chin Peng dan komunis tanpa segan silu.

Lebih tidak sopan lagi apabila mereka ini mahu abu mayat Chin Peng itu dibawa ke Malaysia. Namun, tidak semudah itu apabila majoriti rakyat Malaysia khususnya bekas-bekas pejuang dan askar yang hidup di zaman kesengsaraan komunis.


Banyak yang tidak diketahui tentang kehidupan seharian pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) oleh orang ramai, termasuk anggota bawahan PKM sendiri, kerana mereka menjalani kehidupan yang penuh rahsia dan sentiasa berahsia.

Selain itu, ramai juga anggota PKM tidak tahu pergerakan pemimpin-pemimpin mereka dan bagaimana mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain, sehingga ramai yang ingin tahu tentang rahsia itu.

Ketika itu, PKM menghadapi tekanan yang hebat daripada pasukan keselamatan terutama selepas Gabenor Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat pada 21 Jun 1948.

Selama ini, mungkin ramai yang beranggapan pemimpin-pemimpin PKM tinggal di dalam hutan bagi menggelakkan ditangkap oleh pasukan keselamatan atau memimpin anggota-anggota PKM dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Sedang hakikatnya, ramai pemimpin PKM termasuk Setiausaha Agung PKM, Chin Peng sendiri tidak selalunya berada di dalam hutan, sebaliknya tinggal di banglo yang mewah di luar negara.

Chin Peng hanya berada di Malaya sehingga 1961 dan selepas pertengahan 1961, Chin Peng sudah berpindah ke Peking bersama-sama isterinya Li Chih dan Chen Tien, seorang daripada anggota Jawatankuasa Pusat PKM yang bertindak sebagai penterjemah semasa rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember, 1955, dan mereka menjalani kehidupan yang serba mewah.

Sumber: Utusan Online



Apakah pihak-pihak yang mendakwa ‘rakan’ dan penyokong komunis itu mahu mengakui Chin Peng itu hidup mewah selepas melarikan diri setelah keganasan komunis berjaya dipatahkan pihak berkuasa Malaysia?


Jika ramai mengatakan pemimpin komunis Chin Peng hidup menderita dan mengalami kesukaran selepas meninggalkan Malaysia, itu jawapan yang salah.

Selepas mengangkat senjata, Chin Peng telah melarikan diri bagi mengelak dirinya ditangkap pihak berkuasa yang secara habis-habisan menghapuskan saki baki komunis.


Poster propaganda Parti Komunis Malaya dalam bahasa Melayu untuk menarik sokongan kaum Melayu supaya menyokong komunisme dan mengangkat senjata menentang kerajaan Malaysia.

Chin Peng berlepas dari Malaya menggunakan jalan darat melalui Sungai Mekong ke Laos dan kemudian menuju ke Hanoi.

Dari Hanoi mereka pergi ke China menggunakan pengangkutan udara,dan pesawat yang membawa Chin Peng mendarat secara rahsia di Lapangan Terbang Tentera di Peking dan disambut oleh seorang yang di kenali sebagai Huang Wei dan Pengerusi PKM, Musa Ahmad.

Kedatangan Chin Peng di Peking hanya diketahui oleh beberapa orang pemimpin PKM yang dipercayai sahaja, dan sejak itu beliau terus menetap di China kecuali untuk menghadiri persidangan antarabangsa di luar China.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PKM yang lain seperti Musa Ahmad, Lau Li (Timbalan Setiausaha Agung PKM), dan anggota Jawatankuasa Pusat PKM lain seperti Siow Chong, Siow Meng, Liew Yit Fan, Shi Meng dan Chan Tien, kesemua mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat secara rahsia menggunakan pelbagai pengangkutan dan cara, termasuk menggunakan nama samaran dan pasport pelbagai negara.

Pemimpin Melayu PKM dalam Rejimen Ke-10 seperti Shamsiah Pakeh dan Rashid Mydin juga menggunakan kaedah yang sama dan menggunakan nama samaran serta pasport China untuk bergerak ke luar negara.

Dalam sesetengah kes, ada pemimpin PKM masuk ke negara-negara tertentu melalui cara diseludup, seperti dalam kes PKM meminta bantuan Parti Komunis Kesatuan Soviet untuk menyeludup elemen-elemen PKM di Peking ke Sumatera menggunakan jalan laut.

Chin Peng sendiri menggunakan pasport diplomatik China untuk menghadiri persidangan antarabangsa, manakala pemimpin PKM yang lain pula menggunakan pasport antarabangsa China untuk keluar negara.

Selalunya mereka juga tidak akan menggunakan nama sebenar sebaliknya menggunakan nama samaran bagi merahsiakan pergerakan dan kehadiran mereka.

Ketika berada di luar negara untuk menghadiri persidangan dan kongres antarabangsa, pemimpin-pemimpin PKM juga mengelak untuk bertemu dengan orang asing serta bercakap kepada orang yang tidak perlu.

Sumber: Utusan Online

Idealogi komunis tidak pernah pudar selagi beberapa pemimpinnya hidup kerana mereka percaya Malaysia wajar menjadi sebuah negara komunis.


Itulah yang terjadi sekarang dengan golongan muda begitu mudah diresapi dengan idealogi komunis oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab. Bagi mempertahankan bumi Malaysia daripada dipengaruhi idealogi komunis, setiap rakyat harus memainkan peranan penting dengan menolak pihak-pihak yang bertanggungjawab menyebarkan idealogi dan fahaman komunis.

Thursday, October 3, 2013


Selain blog, facebook dan twitter, sebuah channel YouTube ‘Halilintar Tidak Gentar’ telah diwujudkan bagi memberikan saingan ke atas beberapa channel YouTube yang banyak berpaksikan menyokong Chin Peng dan komunis.



Ini adalah sebahagian daripada channel video yang berkaitan komunis. Marilah sama-sama menyokong usaha anak-anak muda seperti kami ini yang cintakan negara dengan memberikan sokongan penuh ke atas penerbitan video YouTube dan media sosial yang lain.

Wednesday, October 2, 2013


Bekas tentera, Rosli Adnan Nasution, 54, yang putus kedua-dua kakinya kerana terpijak jerangkap samar dipasang Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand, amat emosi jika disebut nama komunis ataupun pemimpinnya Chin Peng.

“Mendengar perkataan ‘komunis’ itu pun saya sudah benci, apa lagi jika pengganas itu (Chin Peng) disemadikan di bumi bertuah ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan setengah pihak yang masih mendewakan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara dan menyokong untuk membawa balik abunya ke negara ini.

Setiausaha Agung PKM, Chin Peng, 89, meninggal dunia di Bangkok, Thailand kerana sakit tua pada Isnin lepas.

Rosli berkata, walaupun beliau tidak terlibat dalam operasi menentang komunis semasa zaman darurat iaitu dari dari 1948 hingga 1960, kesan-kesan peninggalan kumpulan itu telah menyebabkan beliau cacat.

“Saya antara 400 askar yang cedera akibat terpijak jerangkap samar,” katanya dan menambah, walaupun keadaan darurat semakin reda selepas zaman darurat, bagaimanapun ideologi dan ancaman komunis masih berterusan sehingga boleh nampak semangat mereka yang membara."

Rosli berkata, akibat kejadian itu, beliau kini terpaksa bergantung kepada sepasang kaki palsu untuk keluar berjalan, dan kerusi roda untuk bergerak di rumah.

Beliau yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand pada 1970-an, bukan sahaja terpaksa meninggalkan keluarga, bahkan pernah tidak makan beberapa hari kerana terputus bekalan.

Pihak yang cuba menggambarkan Chin Peng dan PKM sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ jelas amat keliru dengan wayang yang dimainkan oleh kedua-duanya, katanya.

Beliau berharap rakyat Malaysia, terutama generasi muda, tidak mudah terpengaruh dengan fakta yang sengaja diputarbelitkan lebih-lebih lagi yang menggambarkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.


Sumber: Bernama


Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi bersenjata yang didokongnya banyak menumpahkan darah.

Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.-Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.

Di jangka seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat anggota kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.

Elok rasanya kita menyingkap sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina. Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.

Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International TradeUnion Organisation (Profintern). General Labour TradeUnion’ di Singapura turut dipengaruhi komunis. Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth.

Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur. Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.

Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).

Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.

Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis. Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong.

Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah jerangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dengan Tungku Abdul Rahman dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (PNM). Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu.

Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini. Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis. Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri.

Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang. Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan. tapi beliau gagal. Pada tahun 1950, komunis telah melancarkan perperangan di muar johor yang mana sebuah balai polis yang terpencil di kampung bukit kepong telah menjadi mangsa keganasan kominis. Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal.

Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975). Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?


Dipetik dari VAT69 FB

Tuesday, October 1, 2013


Mendiang Chin Peng mempunyai cengkaman kuat ke atas Parti Komunis Malaya (PKM), sejak mula ia ditubuhkan pada 20 April 1930 sehinggalah kematiannya pada 16 September 2013.

Baca lebih lanjut dokumen tersebut di mana telah merungkai bagaimana kekuasaan Chin Peng ke atas PKM yang telah bertindak kejam ke atas pejuang-pejuang negara dan penduduk Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.


Pun begitu masih ada juga rakyat Malaysia yang ‘menyanginya’ biarpun kekejaman melampau yang telah dilakukannya sepanjang hayatnya masih hidup. 


Pada hari ini ada juga dakwaan yang berani daripada mereka yang buta sejarah dengan menyatakan kemerdekaan yang diperoleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 bukan kemerdekaan sepenuhnya dan turut mendakwa jika bukan disebabkan perjuangan PKM, sukar untuk British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Fakta ini diseleweng untuk menutup perjuangan sia-sia di hutan oleh PKM. Hakikatnya Tanah Melayu ketika itu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan bukan selepas ancaman komunis dihapuskan sepenuhnya pada 1960. Ini jelas menunjukkan British yakin dengan kepemimpinan Tunku yang dilihat mampu membawa kestabilan berkekalan kepada Tanah Melayu serta rantau Asia Tenggara walaupun British ketika itu turut diancam teori domino di Indochina.

Ini membuktikan betapa masalah keganasan komunis bukan faktor British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu lebih awal daripada jangkaan iaitu pada 1960. Mengikut rekod, Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh Winston Churchill, Perdana Menteri Britain pada ketika itu diberikan mandat seawal 1952 iaitu menjadi dasar kerajaan kolonial British bahawa Tanah Melayu diberi kemerdekaan dan hak memerintah seawal 1960.

Jika bukan disebabkan pengorbanan orang awam menggadaikan barang kemas dan menderma wang ringgit sendiri, delegasi Tunku Abdul Rahman tidak cukup dana untuk menghadiri perbincangan Kemerdekaan ke London bersama wakil MCA dan MIC. Hakikatnya yang lebih jelas pada 28-29 Disember 1955, ketika rundingan Baling, Setiausaha Agung PKM, Chin Peng ketika itu secara jelas menyatakan jika kerajaan pimpinan Tunku berjaya mencapai kemerdekaan, PKM tetap meneruskan perjuangan bersenjata menentang kerajaan Tunku yang dipilih rakyat kerana dia melihat tiada ruang untuk kerjasama antara parti komunis dan parti pemerintah (komunis adalah sistem satu parti memerintah).

Ketika rundingan, Tunku berkali-kali menawarkan pengampunan kepada anggota PKM untuk meletak senjata dan menjadi anggota masyarakat yang sama-sama membangunkan negara yang bakal merdeka. Peristiwa ini direkodkan pada hari kedua rundingan dengan Tunku meminta Chin Peng memikirkan nasib tujuh juta penduduk Tanah Melayu ketika itu yang menerima kesan buruk akibat perjuangan bersenjata 3,000 pengganas komunis yang aktif di hutan.


Chin Peng sekali lagi menolak tawaran ini berikutan terlalu taksub dengan kejayaan Parti Komunis di China tanpa mengambil kira perbezaan politik di Tanah Melayu. Rundingan Baling walaupun gagal, terus kekal dalam sejarah sebagai bukti cukup jelas pendirian perjuangan komunis yang sia-sia dan menyimpang daripada perjuangan kemerdekaan; hakikat ini tidak dapat dipadam sampai bila-bila oleh sesiapa sekalipun. Jika diteliti rekod tulisan Chin Peng melalui memoirnya, My Side of Story, jelas menunjukkan dia tiada pendirian berkenaan objektif perjuangan PKM di Tanah Melayu dan lebih terikut-ikutkan situasi di China di bawah Mao Zedong.


Umum mengetahui, berdekad lamanya terlalu banyak kesengsaraan dan kematian direkodkan pasukan keselamatan atau orang awam yang tidak berdosa akibat keganasan PKM. Mungkin ramai tidak mengetahui fakta sebenar kaum Cina di Tanah Melayu paling ramai menjadi mangsa kekejaman PKM.

Pada era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka. Selepas perang tamat, demografi penduduk ini kekal dan PKM dengan mengambil kira bahawa sokongan Cina yang mendiami pinggir hutan adalah penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan di hutan, mereka tidak teragak-agak menyeksa dan membunuh kaum ini yang enggan membantu atau membekalkan maklumat serta makanan. Tun Tan Cheng Lock pernah cuba dibunuh dengan dilemparkan bom tangan ketika bermesyuarat di Ipoh, Perak awal 1950-an.

Tindakan ini dilakukan kerana komunis khuatir kejayaan kerjasama Sino-Melayu dalam menuntut kemerdekaan daripada British bakal menenggelamkan perjuangan PKM yang sia-sia. Justeru, tidak hairanlah keganasan komunis pada darurat pertama (1948-1960) banyak direkodkan di negeri yang mempunyai populasi Cina teramai seperti Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding di negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Kekejaman tidak berperikemanusiaan PKM terhadap kaum Cina ini direkodkan pasukan keselamatan dan disaksikan pekerja estet. Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM (guru, profesional dan ahli perniagaan).

Mungkin ramai juga tidak mengetahui kewujudan komunis berbangsa Tamil diketuai pemuda bernama Perumal yang mengganggu pekerja estet di kalangan kaum India di Sungai Siput dan Ipoh, Perak awal 1950-an. Semua kekejaman ini dilakukan atas nama perjuangan Marxist Communism kononnya memperjuangkan hak kesemarataan tanpa perbezaan kelas. Mungkin fakta dan rekod kekejaman pengganas PKM sukar diterima masyarakat hari ini, hakikatnya perkara itu benar-benar berlaku dan direkodkan pasukan keselamatan sebagai fakta kes.


Semua lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama diancam PKM setiap hari. Mereka khuatir menaiki kenderaan awam kerana disabotaj pengganas komunis. Rakyat turut tidak selamat menaiki kenderaan sendiri menyusuri jalan raya kerana sering diserang hendap pengganas yang mencari mangsa tanpa mengambil kira perbezaan kaum dan agama kerana terlalu ingin merampas pakaian, makanan dan kad pengenalan orang awam bagi tujuan subversif. 


Kaum lelaki Cina dipotong badan depan keluarga menggunakan cangkul atau parang berbanding senjata api kerana khuatir pasukan keselamatan Home Guard dan Gurkha menyiasat bunyi tembakan.

Pengganas komunis mengeluarkan isi perut atau hati mangsa lalu memaksa keluarga atau isteri mangsa meletakkan organ ini di atas bara api.

Mangsa yang dipotong anggota badan dibiarkan mati terseksa di depan keluarga dan pekerja estet dibiarkan menyaksikan tragedi malang ini sebagai peringatan jika enggan bekerjasama dengan PKM.

Kanak-kanak turut menjadi mangsa kekejaman komunis seperti di Estet Kamuning, Perak pada 1948 apabila mereka menyalib seorang kanak-kanak atas sebatang kayu.

Pelbagai seksaan dilakukan terhadap kaum India di Perak oleh kumpulan Perumal, antaranya mengikat mangsa di pokok getah dan menyeksa mereka sehingga mati dan ada mangsa dipotong jari kerana kekal bekerja di ladang getah walaupun diberi amaran.

Sumber: Berita Harian 

POPULAR ARTIKEL