Tiada modal. Itulah yang boleh digambarkan terhadap
kumpulan penyokong PAS yang kini sedang cuba mempolitikkan
kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan keputusan
kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan dengan penyakit kencing manis yang
dialami bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Bagi Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata,
kenyataan Muhyiddin itu diambil di luar konteks hingga menimbulkan kekeliruan
banyak pihak.
"Saya tak fikir (kenyataan menghina). Tiada niat
untuk memperkecilkan arwah Menteri Besar. Topik yang diperkatakan ialah
mengenai bajet dan beliau (Muhyiddin) turut menyentuh mengenai pengurangan
subsidi gula.
"Itu adalah topik yang disebut. Saya sangat pasti
bahawa beliau tidak menyebut apa-apa yang perlu diambil sebagai penghinaan.
0 comments:
Post a Comment