Showing posts with label PRK N.20 Sungai Limau. Show all posts
Showing posts with label PRK N.20 Sungai Limau. Show all posts

Sunday, November 3, 2013


Pendekatan terbaru BN menjelang hari pengundian Isnin ini telah membuahkan hasil positif dalam membantu kemenangan BN dalam PRK DUN Sungai Limau.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama kira-kira 100 belia telah menyelami masalah penduduk di empat buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan bermotosikal di bawah program ziarah kasih.

Dengan menunggang sendiri motosikal yang dipinjamkan oleh penduduk kampung tempatan, Ahmad Shabery telah meluangkan masa menziarahi empat kampung iaitu Kampung Kepala 10, Kampung Ulu Sedaka, Kampung Sungai Lentang dan Kampung Setia Jaya.
 
Antara lain mereka mengunjungi rumah Rodiyah Zakaria, 32, tukang masak di Sekolah Rendah Ulu Sedaka, yang sebahagian daripada rumahnya di Kampung Ulu Sedaka dekat sini ranap akibat ribut dua tahun lepas.
  
Sambil menyuarakan rasa terharunya dengan kehadiran seorang menteri yang datang membawa sumbangan, ibu kepada dua anak kecil masing-masing berumur dua dan lapan tahun itu memberitahu Bernama dia teruja kerana masih ada pemimpin yang sudi mengambil berat tentang kesusahan hidupnya.
  
Dia amat menghargai sumbangan yang diterima daripada Ahmad Shabery kerana sebelum ini mereka diabaikan begitu sahaja walaupun pernah cuba meminta bantuan daripada kerajaan negeri namun gagal.

"Kerajaan negeri sebelum ini pun tidak pernah ambil peduli mengenai kedaifan keluarga saya," katanya.
  
Di kampung sama, Ahmad Shabery bertemu dengan bapa tunggal, Mohd Azmi Khalid, 54, yang menghidap sakit saraf lebih 10 tahun.
  
Mohd Azmi berkata, kesungguhan Ahmad Shabery datang dari jauh untuk menjenguk keluarganya amat dihargainya.
  
"Saya sambut dengan tangan terbuka sebagai tuan rumah," katanya yang menyara keluarga dengan menjual kerepek ubi dan pisang sejak lima tahun lepas.
  
Walaupun sakit, Mohd Azmi turut menjaga bapanya yang uzur berusia 90 tahun, dan anak perempuan tunggalnya yang berusia 27 tahun.
  
Di Kampung Kepala 10 pula, Ahmad Shabery mengunjungi Mohd Zaidi Harun, 37, yang hilang deria penglihatan dua tahun lepas setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
  
Bapa kepada dua anak itu berkata: "Sejak kemalangan saya tiada pendapatan akibat kedua-dua belah mata saya rosak. Hanya isteri saya menyara keluarga ini dengan menjual kuih dengan pendapatan yang tidak menentu."


Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini terdesak untuk meraih kemenangan telah memanggil Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan kedua-dua anak beranak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bagi mengadakan ceramah terakhir sebelum hari pengundian.


Esok, seramai 27,222 pemilih berdaftar dengan SPR di DUN Sungai Limau akan membuat keputusan dan menentukan wakil rakyat yang baharu bagi DUN Kedah dalam pilihan raya kecil.

Sepanjang tempoh berkempen yang telah ditetapkan SPR, pelbagai slogan dan janji-janji yang diberikan parti mahupun calon yang bertanding. Tujuannya ialah satu iaitu memancing undi.

BN yang meletakkan bekas Pensyarah Kanan Universiti Perguruan Sultan Idris, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon dengan memilih slogan Berani Hijrah sempena mengambil semangat tahun Islam yang akan disambut pada 5 Mei ini.

Sementara PAS yang meletakkan bekas pendidik, Mohd. Azam Abd. Samat memilih slogan Kekal.

Masing-masing di kalangan calon yang bertanding mengusulkan slogan yang mampu menarik hati pengundi DUN Sungai Limau.

Bagi BN, cukuplah rakyat Sungai Limau memberi peluang kepada Pas selama lebih 25 tahun menjadi wakil mereka yang tidak membawa apa-apa perubahan dan mengesa mereka agar berani untuk berhijrah.

Bagi PAS, mereka menyatakan kepada pengundi bahawa BN telah diberi peluang oleh rakyat memerintah Kedah. Jadi apalah salahnya jika mereka merayu kepada pengundi agar mengekalkan dominasi PAS di DUN Sungai Limau.

Melihat kepada keadaan ini wajarlah penduduk DUN Sungai Limau memilih calon yang benar-benar layak dan mampu memberikan sumbangan kepada rakyat terutama dalam merubah kehidupan yang lebih baik.


Penduduk diharapkan berani berhijrah bagi memilih wakil rakyat dan kerajaan yang boleh membantu dan memastikan mereka dan keluarga hidup dengan selesa dalam negara yang sering dicemburi kerana kemakmurannya ini.

Thursday, October 31, 2013


Sepanjang 26 tahun PAS memerintah DUN Sungai Limau dan selama 5 tahun kerajaan PAS mentadbir dan memerintah Kedah, kawasan DUN Sungai Limau terkeluar daripada menerima arus kemodenan dan pembangunan.

Justeru, 4 November ini merupakan jalan terbaik kepada rakyat Sungai Limau untuk berani berhijrah dengan memilih calon BN sebagai ADUN N.20 Sungai Limau.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat Kedah tahu PAS gagal dalam mentadbir negeri itu sepanjang tempoh lima tahun lepas hingga mendorong 60 peratus penyokongnya meninggalkan parti itu dan seterusnya menyaksikan BN kembali menguasai Kedah.

Signal rakyat Kedah pada PRU-13 lepas telah membuktikan segala-galanya bahawa PAS kini sudah tidak lagi relevan kepada rakyat Kedah dan Malaysia.

"Dulu sebahagian dari orang (penduduk Dun Sungai Limau) undi PAS (kerana) dia yakin parti itu akan terus perintah negeri Kedah.

"Sekarang orang tengok majoriti rakyat Kedah beralih ketika pilihan raya umum (PRU) yang lepas kerana mereka pernah rasa duduk dalam PAS dan telah menyaksikan banyak janji tak dapat ditunaikan," katanya semasa berucap di Program Jasa Prihatin anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Lumat.

Di sinilah pentingnya bagi penduduk Sungai Limau untuk melihat rekod pencapaian yang telah BN kecapi sepanjang menjadi kerajaan Pusat agar masa depan kawasan ini lebih terjamin.

Kedudukan dan pencapaian BN sebagai kerajaan pusat dan negeri seharusnya menjadi faktor yang cukup kuat untuk penduduk Sungai Limau memilih BN.

Beliau berkata, kedudukan Pas sebagai parti pembangkang tidak membolehkan mereka untuk menawarkan bantuan yang lebih luas bagi membantu golongan yang memerlukan.

"(Atas sebab ini) saya bersyukur kerana saya boleh bantu (golongan yang memerlukan) sebab saya berada dengan kerajaan BN.

"Orang Pas hanya boleh datang tengok dan kata nak bantu golongan nelayan dan petani di sini. Tetapi dia hanya boleh cakap sedangkan kami (BN) yang akan menghulurkan bantuan.


Hadir sama Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Hassan, menyampaikan bantuan 60 beg sekolah kepada pelajar di Mukim Padang Lumat.

Wednesday, October 30, 2013



Biarpun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu bahawa PAS sudah terasa panas dan cuba mempolitikkan kenyataannya mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis yang dialami bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf," itu kata-kata yang dilafazkan oleh Timbalan Perdana Menteri berhubung dakwaan kononnya beliau mempersendakan kematian bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak Sabtu lepas.

Begitulah 'gentelman' orang nombor dua negara tersebut, walaupun bagi sesiapa dengar sendiri ucapan beliau tidak ada langsung nada mempersendakan atau menyindir dalam ucapan beliau mengenai keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis yang dialami Azizan.

Namun kata Muhyiddin, "Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf...

Menurut Muhyiddin, sebenarnya sesiapa yang hadir di majlis tersebut, beliau menyebutkan tentang bajet, menjelaskan tentang subsidi dan beliau sebut mengenai gula.

"Di situ saya menyebutkan kita nak menjaga kesihatan, tapi bukan tujuan saya untuk mencemarkan nama baik Allahyarham ataupun merendah-rendahkan beliau kerana kita tahu Allahyarham ialah seorang pemimpin yang berjasa."

"Tapi apa pun sebagai manusia kalau kenyataan itu disalah tafsirkan ataupun dirasakan menyinggung keluarganya saya mohon maaf. Sebagai seorang Islam kadang-kala kalau ada terlanjur kita minta maaf. Itu yang penting," kata Muhyiddin.

Muhyiddin pada hari Sabtu lalu mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.

Beliau dilaporkan berkata, "pengurangan subsidi itu untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Azizan."


Media-media pembangkang kemudian 'spin' isu tersebut daripada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa Muhyiddin mempersendakan kematian Azizan.



Bagi Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kenyataan Muhyiddin itu diambil di luar konteks hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

"Saya tak fikir (kenyataan menghina). Tiada niat untuk memperkecilkan arwah Menteri Besar. Topik yang diperkatakan ialah mengenai bajet dan beliau (Muhyiddin) turut menyentuh mengenai pengurangan subsidi gula.


"Itu adalah topik yang disebut. Saya sangat pasti bahawa beliau tidak menyebut apa-apa yang perlu diambil sebagai penghinaan.

Tuesday, October 29, 2013


Seawal sebelum penamaan calon, PAS telah menggesa semua penyokongnya supaya berkempen secara aman dan sopan tanpa menimbulkan fitnah. Itulah saranan awal PAS kononnya PAS berkempen dengan cara halal.

Namun, masuk hari pertama berkempen PAS kelihatan sedikit goyah berikutan ketiadaan sambutan daripada penduduk DUN Sungai Limau ke atas ceramah-ceramah politik yang dianjurkannya biarpun membawa Presiden dan Timbalan Presiden PAS ke Sungai Limau.

PAS sekali lagi menukar strategi apabila membawa ‘artis’ PAS bagi menarik perhatian penduduk. Artis itu bukan menyanyi sebaliknya melontarkan pelbagai tuduhan fitnah yang tidak berasas.


Bagi menjadikan calon PAS itu sebagai seorang yang suci di mata pengundi Sungai Limau, mereka telah mempergunakan bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Usaha PAS itu tidak berjaya apabila segera dibalas oleh BN yang sememangnya sudah bersiap sedia menentang segala macam tohmahan PAS.

Masuk hari keempat berkempen, atas desakan bahawa calon PAS tidak ramai penduduk DUN Sungai Limau mengenalinya maka telah menipu dengan menggunakan akhbar Sinar Harian sebagai kambing hitam.

Tidak pernah dalam mana-mana pilihan raya penyokong PAS serik untuk mengganggu Wanita UMNO yang berkempen. Selain memberi ugutan, Wanita UMNO juga dikatakan dilayan dengan tidak adil oleh penyokong PAS biarpun penduduk Sungai Limau menerima Wanita UMNO dengan baik.


Hakikatnya kini PAS akan berusaha melakukan apa sahaja tidak kira sama ada melanggar undang-undang atau tidak asalkan demi memastikan calon PAS itu menang dan mempertahankan DUN Sungai Limau yang telah dimenangi sejak 26 tahun lalu.

Monday, October 28, 2013


Dalam tempoh 4 hari berkempen, calon PAS Mohd Azam mendesak JKR membuat jalan dan terus dibuat JKR? Hebat sungguh calon PAS itu dan penyokong PAS membuat promosi di facebook.

Ini secara tidak langsung membuka pekung buruk PAS apabila sepanjang 5 tahun memerintah dan selama 26 tahun menjadi ADUN di Sungai Limau banyak pembangunan yang tidak pernah dibuat PAS.


Kalau nak bohong pun carilah yang berfakta sedikit dan jangan seperti menikam air di atas daun keladi dan terkena diri sendiri. 




Apakah PAS ingat bahawa pengundi di DUN Sungai Limau boleh ditipu atau semacam lembu dicucuk hidung? Untuk meraih simpati pengundi dan undi dalam PRK DUN Sungai Limau, PAS sanggup berbohong kepada rakyat atas nama Islam.

Beginikah kiranya mahu memilih pemimpin PAS sebagai ADUN di Sungai Limau? Hakikatnya PAS kini bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai parti yang membawa ajaran Islam sebaliknya juga mencemar imej Islam itu sendiri.

Sepanjang pemerintahan PAS di DUN Sungai Limau selama 26 tahun dan PAS memerintah Kedah selama 5 tahun, apakah pembangunan yang dibawa PAS kepada penduduk DUN Sungai Limau?

Jika mereka yang dari luar Kedah datang ke kawasan DUN Sungai Limau pasti terkejut apabila melihat bagaimana daifnya pembangunan yang dihadapi penduduk Sungai Limau di sepanjang pemerintahan PAS.


Sikap pemimpin PAS yang sanggup berbohong kepada rakyat dengan menggunakan akhbar propembangkang Sinar Harian sehingga sanggup mengedit dan mengubahsuai gambar calon PAS kononnya begitu mesra dengan Allahyarham Tan Sri Azizan semasa menjadi Menteri Besar Kedah. Apakah akhbar itu sengaja atau tidak melihat gambar itu sebelum disiarkan atau berkompromi sebagai usaha bahan kempen PAS?


Tiada seorang pun pemimpin PAS yang layak memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah melainkan Mahfuz Omar. Selain sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz juga dilantik sebagai Pengarah PRK Sungai Limau.

Mahfuz seorang pemimpin pembangkang sejati. Kelebihan beliau ialah setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan ada sahaja yang tidak betul dan akan dijadikan bahan untuk menyerang balik kerajaan.

Jika dibandingkan dengan calon PAS DUN Sungai Limau, Mohd Azam Samat dan Mahfuz Omar sangat jauh bezanya. Mahfuz diibaratkan sebagai seekor ular tedung, tetapi Mohd Azam seorang yang agak lurus politiknya, apatah lagi latar belakang Azam sebagai guru di sekolah agama.

Dalam PRK Sungai Limau ini, Mahfuz kerap memperlekehkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang dikatakannya gagal setelah lima bulan menjadi Menteri Besar. Namun, pada masa yang sama Mahfuz terlupa bahawa PAS pernah memerintah selama lima tahun di Kedah sebelum PRU-13 lepas.

Dalam menyerang Mukriz, Mahfuz menyifatkan Menteri Besar Kedah itu sebagai `mamai' atau tidak dapat berfikiran secra jelas. Menurut Mahfuz, memang menjadi tanggungjawab menteri besar untuk melaksanakan pembangunan di seluruh negeri dan tidak perlu menunggu PRK.

Lebih bersifat prejudis, setiap janji-janji calon PAS akan dilaksanakan Kerajaan Negeri Kedah (merujuk kepada BN) sebagai kerajaan memerintah.

Bila ditanya bagaimana calon pembangkang hendak menunaikan janjinya termasuk memperbaiki jalan dan menyediakan kemudahan WiFi jika terpilih menjadi wakil rakyat Sungai Limau, Mahfuz berkata, bukan kerja wakil rakyat melaksanakan projek pembangunan,

Apa yang boleh dilakukan ialah mengemukakan cadangan kepada kerajaan serta agensi kerajaan berkaitan. Yang melaksanakan projek tersebut ialah kerajaan negeri dan agensi kerajaan terbabit.


Lihatlah bagaimana lidah ular tedung bercabang dalam berpolitik dan semata-mata mahu mengelirukan rakyat serta mengalihkan segala macam janji kepada kerajaan negeri. 

Saturday, October 26, 2013


Kejayaan BN merampas Kedah pada PRU-13 lepas memberikan tamparan hebat kepada PAS yang kini sedang berusaha untuk mempertahankan DUN N.20 Sungai Limau.

Sedar akan kegagalan calon PAS, Mohamad Azam Abdul Samat dalam meningkatkan populariti dan imej dirinya dan PAS akibat daripada kenaikan mendadak populariti Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Akibatnya kini mahu tidak mahu, PAS kini menumpukan ke arah menjatuhkan kreadibiliti dan imej Mukhriz yang dilihat sangat menjejaskan reputasi PAS sejak selepas PRU-13.

Sebagai usaha untuk menjatuhkan imej Mukhriz, PAS telah membangkitkan kononnya Mukhriz ditolak oleh anggota UMNO sendiri ekoran kegagalan beliau merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang lepas.

Begitupun ianya tidak semudah yang disangka kerana dalam pemilihan Naib Presiden UMNO, Mukhriz tidak kalah sebaliknya berjaya mempertingkatkan imej dan namanya sebagai calon UMNO untuk masa depan.

Manakala, dakwaan Menteri Besar itu masih dibayangi bapanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah dalam usaha mengajak rakyat kembali melihat pemerintahan bapanya yang dilihat menganaktirikan PAS. Sebenarnya PAS takut kepada imej Tun Dr Mahathir yang bukan sahaja berjaya memajukan Malaysia bahkan meninggalkan legasi dengan penuh bermaruah.

Pendekatan Mukhriz yang lebih gemar bersahaja dan bersantai dengan rakyat membuatkan PAS banyak gusar dengan gaya kepimpinan Mukhriz yang lebih mesra rakyat sekali gus mencerminkan personaliti yang hampir sama dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
  
"Sifat yang mesra kepada rakyat adalah antara faktor mengapa Azizan begitu disenangi pihak kawan mahupun lawan. Dan Mukhriz bukannya cuba mengikut gaya Azizan kerana itu memang keperibadian dia sendiri.


Secara jelas, PAS sebenarnya takut terhadap imej dan kreadibiliti Mukhriz yang semakin hari semakin diterima rakyat Kedah.

Friday, October 25, 2013


Setelah usahanya untuk menggunakan populariti Allahyarham Tan Sri Azizan telah dipertikai ramai pihak, kini calon PAS Mohd Azam Abdul Samat dan rombongan PAS telah cuba meraih populariti Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bergambar dengan bapanya, Baharom Ramli.

Perbuatan itu secara tidak langsung telah cuba mengelirukan rakyat DUN Sungai Limau kononnya bapa Jamil Khir pun sokong dan mendoakan kemenangan calon PAS.

Muslihat itu bagaimanapun dapat dibaca Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan mempersoalkan mereka berbuat demikian?

Menjadi amalan PAS, sebaik sahaja dapat memperalatkan seseorang seperti bapa Jamil Khir Baharom, gambar itu segera dimuatnaik ke dalam media sosial seperti blog, facebook dan twitter.

Persoalan di sini, apakah mereka ikhlas membuat kunjungan hormat ke atas Baharom atau sebaliknya. Kenapa perlu menghebohkan kunjungan itu melainkan jika ingin meraih tujuan politik?


Itulah pemimpin PAS yang mana akan menggunakan sepenuh peluang yang terhidang di hadapan walau apa cara sekalipun asalkan menang. 


Hanya kerana  rakyat. Itulah yang boleh digambarkan ke atas pengorbanan calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semata-mata mahu menabur bakti kepada masyarakat.

Beliau yang merupakan anak tempatan kelahiran Kampung Titi Batu itu berkata, beliau mengambil sedikit masa untuk memikirkan tentang perkara itu kerana 'sayang' mahu meletakkan jawatan namun apabila memikirkan hasrat mahu berkhidmat untuk rakyat, beliau rela berbuat demikian.

"Wartawan bertanya saya, tidak sayang tinggalkan jawatan? Lama saya berfikir, namun yang penting saya lebih sayang rakyat dan mahu berbakti kepada masyarakat di Sungai Limau," katanya berucap dalam majlis Kami Prihatin anjuran Yayasan Felda di Simpang Tiga, Sungai Limau.

Menurut Dr. Ahmad Sohaimi, beliau bertekad untuk memajukan Sungai Limau dengan segala pengalaman yang ada dan sokongan kerajaan BN jika diberi peluang menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Katanya, beliau juga mahu menggunakan pendekatan baharu berpolitik dalam kalangan generasi muda dengan memastikan penyertaan golongan itu sebagai kelompok pelapis.

Dalam aspek itu katanya, beliau bercadang menubuhkan Jawatankuasa Permuafakatan Ummah yang disertai golongan profesional dan ahli akademik.

"Kita mahu mencari jalan untuk meningkatkan perpaduan dan menjana program ilmuwan kerana masyarakat di sini berpotensi untuk dimajukan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di Sungai Limau memberi peluang kepadanya selepas 25 tahun mereka berada di bawah wakil rakyat Pas.


"Beri kepada saya satu penggal, tengok apa kita nak buat. Andai gagal pulangkan balik (kepada Pas). Setiap undi itu mahal harganya dan saya akan membalas sokongan itu dengan memajukan Sungai Limau. Fizikal saya tidak besar tetapi bercita-cita besar," katanya.

Thursday, October 24, 2013


Kegagalan berkempen pada malam pertama menyebabkan PAS terpaksa menukar strategi berkempen mereka dalam menghadapi BN yang kini dilihat semakin diterima rakyat.

Melihat kepada penerimaan rakyat di DUN Sungai Limau yang masih membandingkan Allahyarham Tan Sri Azizan dengan calon PAS sekarang, Ustaz Azam Samad.

Justeru, Pengarah PRK PAS menukar pendekatan dengan bergantung sepenuhnya kepada pengaruh Allahyarham Azizan dalam usaha untuk meraih sokongan.

Walaupun DUN Sungai Limau itu merupakan kubu kuat PAS, tetapi kekuatan itu sebenarnya terletak kepada Tan Sri Azizan Abdul Razak dan bukan sangat kepada parti. Untuk itu, calon PAS ini harus bekerja keras dengan tidak dibayangi Azizan.

Begitupun usaha itu tidak lama dan hanya bertahan sehari sahaja selepas hari penamaan calon. Untuk menang, PAS terpaksa menggunakan pengaruh Azizan dan tidak kepada pengaruh parti itu sendiri.

Justeru, gambar-gambar Tan Sri Azizan digunakan sebagai bahan kempen untuk bermain dengan emosi dan sentimen pengundi. Nama arwah juga digunakan sepenuhnya terutama dalam memperkenalkan calon, iaitu Ustaz Azam Samad.

Kononnya, Ustaz Azam adalah pewaris arwah Tan Sri Azizan. Kononnya, mereka berkongsi pendirian mengenai hala tuju parti dan juga pentadbiran di kawasan tersebut.


Hakikatnya, PAS menipu pengundi kerana Ustaz Azam adalah proksi kepada Mahfudz Omar yang turut memusuhi Tan Sri Azizan. 


Dengan hanya kekalahan majoriti 2,774 undi dalam PRU-13 lepas, BN yakin mampu menawan kembali DUN N.20 Sungai Limau daripada PAS selepas penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut tersebut pada 4 November ini cerah dengan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat berbanding empat penjuru pada pilihan raya umum lalu.

Selain pendekatan kempen yang baik oleh calon dan semua wakil BN turun padang kemenangan parti di kawasan tersebut bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Juga BN dilihat sebagai underdog tapi kami yakin pengundi di sini mempunyai sifat untuk membuat penilaian secara mendalam, terperinci dan tidak beremosi.

Dalam mencari calon yang berjiwa rakyat, BN sememangnya berhati-hati dan melihat keperluan rakyat dengan calon yang akan diketengahkan dalam setiap pilihan raya.

BN memilih calon terbaik dengan latar belakang pendidikan dan sangat komited dalam usaha memberi khidmat terbaik sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

BN mahu rakyat memberikan mandat kepada BN yang dilihat sebagai membawa masa depan yang cerah kepada mereka setelah wujud hubungan langsung antara wakil rakyat kawasan itu dengan pentadbiran kerajaan negeri dan pusat di bawah BN.


Jika wakil itu datang dari BN, semua urusan seperti pembangunan, sosioekonomi, pendidikan, agama dan lain-lain lebih mudah dilaksanakan lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat.


Satu lawan satu antara BN dan PAS dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim merupakan bekas bekas Pensyarah Kanan Universiti Perguruan Sultan Idris, manakala PAS memilih Penolong Kanan Sekolah Agama An-Nahdzah, Mohd. Azam Abdul Samat sebagai calon.

Dr. Ahmad Sohaimi, 52 memiliki ijazah falsafah pengajian Malaysia (Tamadun Asia-Jepun) menyerahkan borang pencalonan kira-kira pukul 9.04 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Madi sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan pemimpin-pemimpin BN serta lebih 5,000 penyokong BN.

Turut hadir tiga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Mas Ermieyati Samsuddin.

Sementara itu, Mohd. Azam, 37 yang memiliki ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi. Beliau tiba pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman mengumumkan pada pukul 10.30 pagi, kedua-dua calon itu layak untuk bertanding bagi mengisi kekosongan di kerusi tersebut berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.


Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Azizan mempertahankan kerusi tersebut yang disandang Allahyarham sejak 1995 dengan majoriti 2,774 undi untuk menewaskan calon BN, Mohd. Fadillah Mohd. Ali dan dua calon Bebas.

POPULAR ARTIKEL