TARIKH 
 | 
  
PERISTIWA 
 | 
 
6 Jun 
 | 
  
Pesuruhjaya
  Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang semakin berleluasa di
  ladang-ladang, lombong dan kilang yang dicetuskan oleh pihak komunis. 
 | 
 
12 Jun 
 | 
  
Tiga
  orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati di rumah mereka di Johor oleh
  lima orang pengganas komunis. 
 | 
 
14 Jun 
 | 
  
Sir
  Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang
  akhbar mengumumkan tentang peningkatan kejadian rusuhan oleh komunis yang
  melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang
  Eropah. 
 | 
 
15 Jun 
 | 
  
Pesuruhjaya
  Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan
  Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang
  sedang berlaku. 
 | 
 
16 Jun 
 | 
  
Tiga
  orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina
  yang bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan
  Johor. 
 | 
 
17 Jun 
 | 
  
Darurat
  diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa
  serbuan di pejabat-pejabat Parti Komunis Malaya termasuk Ibu Pejabat
  Persatuan Bekas-bekas Anggota MPAJA.  Peladang dan pekerja estet diberi
  perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis
  di Jeram Choh, Johor. 
 | 
 
21 Jun 
 | 
  
Polis
  membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap. 
 | 
 
28 Jun 
 | 
  
Peraturan
  Darurat dikeluarkan yang membawa kepada penubuhan pasukan Konstabel Khas. 40
  orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Kuala Krau,
  Pahang. 
 | 
 
29 Jun 
 | 
  
Pengganas
  menyerbu pekan Jerantut, Pahang serta membakar  Balai Polis dan merampas
  barangan di kedai-kedai. 
 | 
 
1 Julai 
 | 
  
Pegawai
  jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak. 
 | 
 
5 Julai 
 | 
  
Polis
  dan tentera digabungkan bagi membenteras keganasan komunis. 
 | 
 
7 Julai    
 | 
  
Serangan
  udara dilancarkan ke atas khemah-khemah pengganas dalam hutan di Perak Utara. 
 | 
 
8 Julai 
 | 
  
Salah
  seorang ketua pengganas komunis, Tan Kan juga bekas ketua Kesatuan Buruh
  Johor ditembak mati dalam satu serangan balas di Johor. 
 | 
 
9 Julai   
 | 
  
Dua
  peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan india telah terbunuh
  dalam satu serangan di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai
  Polis di Langkap, Selatan Perak dan seorang konstabel terkorban. 
 | 
 
10
  Julai 
 | 
  
Polis
  dan askar Gurka berjaya membunuh 4 pengganas  komunis dan menawan 19
  orang pengganas di Kuala Lumpur. 
 | 
 
12
  Julai 
 | 
  
Pengganas
  beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja
  China dibunuh dan loji dimusnahkan.Mereka turut mengambilalih estet Senggang
  di Kuala Kangsar, Perak. Darurat diisytiharkan di seluruh negara. 
 | 
 
14
  Julai 
 | 
  
4 orang
  awam berbangsa Cina termasuk seorang wanita   dibunuh di Ulu Yam,
  Selangor. 
 | 
 
15
  Julai 
 | 
  
3000
  anggota polis tambahan dan ramai lagi konstabel khas telah direkrut. 
 | 
 
15 Jun 
 | 
  
Pesuruhjaya
  Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan
  Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang
  sedang berlaku. 
 | 
 
16
  Julai 
 | 
  
Lau
  Yew, ahli jawatankuasa Pusat Tentera PKM bersama 10 orang lagi telah terbunuh
  dalam satu serangan di Kajang Selangor. 
 | 
 
17
  Julai 
 | 
  
300
  pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Gua Musang, Kelantan. Seorang
  polis terbunuh dan 14 orang cedera.  Pekan Gua Musang telah diduduki
  oleh pengganas selama beberapa hari. 
 | 
 
20
  Julai 
 | 
  
Seorang
  tentera British dan 6 askar Melayu terbunuh manakala 3 cedera dalam satu
  serangan hendap di Gua Musang. Di Selangor, seorang guru besar sekolah Cina
  telah di bunuh. 
 | 
 
21
  Julai 
 | 
  
Pengumuman
  mengenai pengenalan sistem pendaftaran negara. 2 keluarga bangsa Eropah telah
  dihalau dari kediaman mereka dan sebuah konvoi polis turut diserang. Beberapa
  bangunan dibakar dalam serangan ke atas 3 buah estet di Perak. 
 | 
 
Apakah komunis ini masih lagi dianggap pejuang yang
memerdekakan negara? Jelas bahawa komunis bukan sahaja memusuhi kerajaan sedia
ada bahkan membunuh orang awam termasuk pegawai tentera dan askar yang
mempertahankan negara daripada ancaman musuh. 

No comments:
Post a Comment