Pengenalan
Rundingan Baling yang diadakan pada 28 hingga 29 Disember
1955 merupakan cadangan YTM TUnku Abdul Rahman Putra. Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu sebagai usaha membendung pemberontakan komunis yang semakin
mengancam keselamatan negara hingga mengakibatkan Perintah Darurat
diisytiharkan pada tahun 1948. Rundingan ini dijalankan di daerah Baling
bertempat di Sekolah Inggeris Baling yang kini dikenalai sebagai Sekolah Kebangsaan
Tunku Putra, Baling. YTM Tunku berpendapat rundingan ini membolehkan pihak
kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) menyampaikan pandangan yang boleh
membawa kepada perdamaian. Pihak kerajaan diwakili oleh YTM Tunku, Dato' Tan
Cheng Lock, Presiden MCA dan Encik David Marshall, Ketua Menteri Singapura
sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Setiausaha Agung PKM, Rashid Maidin,
Ahli Jawatankuasa Pusat PKM dan Chen Tien, Ketua Propaganda PKM.
Parti Komunis Malaya (PKM)
Selepas kejayaan Revolusi Bolshevik di Soviet Union,
Komunis Internasional (Komintern) ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti
komunis sedunia termasuk di kawasan Asia Tenggara. Agen-agen Komintern
menyeludup masuk ke dalam Koumintang, sebuah parti berasakan kaum Cina yang
bergerak secara sah di Tanah Melayu yang wujud sehingga tahun 1923. Setelah
Koumintang dibubarkan, Parti Komunis China (PKC) mengambilalih peranan
Komintern dengan menubuhkan Nanyang Communist Party seterusnya dikenali sebagai
Parti Komunis Malaya. Kekalahan Jepun dan berlakunya kekosongan pemerintahan
sebelum kemasukan Pasukan Berikat memberikan peluang kepada PKM untuk
melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menguasai Tanah Melayu.
Perkara Yang
Dibincangkan
Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam rundingan
itu ialah :
- Pengikhtirafan terhadap PKM;
- Membenarkan ahli-ahli PKM menyertai politik;
- Memansuhkan Perintah Darurat;
- Anggota-anggota PKM yang tidak mahu bermastautin di Tanah Melayu dikecualikan daripada penyiasatan pihak berkuasa.
- Rundingan ini gagal mencapai persefahaman kerana kedua-dua pihak tidak dapat menerima perkara-perkara yang dinyatakan di atas:
Kesan Rundingan Baling
Kerajaan bertindak tegas terhadap keganasan dengan
mengambil langkah-langkah berikut:
- Memindahkan penduduk Cina yang tinggal di kawasan hutan ke kampung-kampung baru yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan supaya mereka terputus hubungan dengan penganas komunis daripada mendapatkan bekalan makanan.
- Rancangan ini dikenali sebagai: "Rancangan Briggs"
- Catuan makanan;
- Perintah berkurung;
- Sistem kad pengenalan diperkenalkan;
Penyerahan diri beberapa orang pemimpin kanan PKM seperti
Musa Ahmad, bekas Pengerusi PKM dan isteri beliau pada tahun 1980 dan Shamsiah
Fakeh pada tahun 1994.
Kekuatan PKM semakin lumpuh sehingga memaksa PKM untuk
berunding dengan Kerajaan Malaysia bagi merundingkan perletakan senjata dan
termeterainya perjanjian damai yang menjadi kenyataan pada 2 Disember 1989 di
Haadyai, Thailand.
No comments:
Post a Comment