Datang ke gereja Our Lady of Lourdes di Klang bertujuan menyokong
penggunaan Kalimah Allah atas sebagai Ahli Lembaga Sisters in Islam (SIS) telah
mencetuskan kontroversi terbaru.
Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir itu
sememangnya diakui mempunyai fahaman agama Islam yang liberal dan pernah
terlibat dalam beberapa perhimpunan haram dan merupakan penyokong hebat kepada
S. Ambiga.
Kehadiran Marina sambil membawa bunga dan berdiri
bersama-sama penganut Kristian lain di hadapan gereja tersebut yang ketika itu
melakukan ritual keagamaan sebagai tanda solidariti.
Bertitik tolak daripada serbuan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) ke atas Persatuan Bible Malaysia, Marina menjelaskan dirinya
kesal dengan tindakan itu.
"Saya di sini atas nama peribadi, ramai di sini
adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan.
Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," katanya
sebagaimana dipetik daripada The Malaysian Insider hari ini.
Portal itu seterusnya melaporkan, Marina bersama seorang
rakannya, Nik Elin kemudian pergi menemui penganut Kristian di gereja tersebut
dan memberikan jambangan bunga untuk mereka menyebabkan beliau diberi sorakan
oleh orang ramai.
0 comments:
Post a Comment