Sekarang ini semua rakyat boleh melihat, siapa lagi
berkuasa sama ada Kerajaan PKR Selangor atau DAP Selangor?
Desakan DAP Selangor khususnya menerusi 3 orang ADUN DAP
Selangor sebelum ini telah membawa kepada pengeluaran dua ‘arahan’ yang
mencetuskan kontroversi.
Arahan pertama yang diputuskan dalam mesyuarat Exco
kerajaan negeri hari ini ialah JAIS perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi
bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas,
jika kitab penganut Kristian itu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri
(KDN).
Arahan kedua pula ialah mengeluarkan prosedur operasi
standard (SOP) yang baharu, di mana JAIS wajib mengadakan perbincangan terlebih
dahulu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco-exco kerajaan negeri
sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain
dilakukan.
Berhubung arahan pertama, Menteri Besar Selangor, Abdul
Khalid Ibrahim berkata, langkah memulangkan Bible itu perlu dilakukan jika
kesemua kitab yang dirampas mendapat pengesahan KDN selain mematuhi resolusi penyelesaian
10 perkara berkaitan penganut Kristian yang diputuskan oleh kerajaan pusat
sebelum ini.
Antara perkara yang terkandung dalam resolusi itu menurut
Abdul Khalid ialah membenarkan mengimport, mengguna dan mencetak Bible Bahasa
Melayu.
"Sekiranya KDN berpuas hati penerbitan kitab-kitab
itu memenuhi resolusi berkenaan, kita akan mengarahkan JAIS untuk
memulangkannya semula kepada Persatuan Bible Malaysia," katanya kepada pemberita.
JAIS melakukan serbuan berasaskan peruntukan di bawah
Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988
yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri ini.
Mengulas lanjut arahan tersebut, Abdul Khalid berkata,
JAIS bagaimanapun boleh meneruskan siasatan mengenai perkara itu selain
menyiasat bagaimana Bible berkenaan boleh berada di premis persatuan terbabit
termasuk mendapatkan maklumat jelas sama ada ia diedarkan di negeri ini atau ke
negeri lain.
Namun, beliau menyatakan sekiranya kesemua Bible itu
hanya disimpan di premis persatuan berkenaan dan tidak digunakan, pihaknya
tidak ada masalah mengenai perkara itu.
Berhubung arahan kedua pula, Abdul Khalid berkata,
berdasarkan SOP baharu itu JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan
sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada khususnya perkara-perkara
melibatkan sensitiviti penganut agama lain di negeri ini.
"Ada kalanya (tindakan penguatkuasaan JAIS) tidak
memberikan kefahaman kepada masyarakat. Tujuan penguatkuasaan JAIS bukan sahaja
untuk mempertahankan Islam tetapi juga perlu menangani kesangsian penganut
agama lain.
"Maka, untuk masa depan, sebarang tindakan JAIS
(yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain) wajib diadakan perbincangan
terlebih dahulu di antara jabatan itu dengan MAIS (Majlis Agama Islam) dan
Exco-exco kerajaan negeri," ujarnya.
Nampaknya, kenyataan Khalid Ibrahim ini didorong bukan
atas kapasiti Menteri Besar, sebaliknya berasaskan kepada tundukan terhadap
desakan komponen Pakatan Pembangkang.
0 comments:
Post a Comment