Tuesday, October 29, 2013


Seawal sebelum penamaan calon, PAS telah menggesa semua penyokongnya supaya berkempen secara aman dan sopan tanpa menimbulkan fitnah. Itulah saranan awal PAS kononnya PAS berkempen dengan cara halal.

Namun, masuk hari pertama berkempen PAS kelihatan sedikit goyah berikutan ketiadaan sambutan daripada penduduk DUN Sungai Limau ke atas ceramah-ceramah politik yang dianjurkannya biarpun membawa Presiden dan Timbalan Presiden PAS ke Sungai Limau.

PAS sekali lagi menukar strategi apabila membawa ‘artis’ PAS bagi menarik perhatian penduduk. Artis itu bukan menyanyi sebaliknya melontarkan pelbagai tuduhan fitnah yang tidak berasas.


Bagi menjadikan calon PAS itu sebagai seorang yang suci di mata pengundi Sungai Limau, mereka telah mempergunakan bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Usaha PAS itu tidak berjaya apabila segera dibalas oleh BN yang sememangnya sudah bersiap sedia menentang segala macam tohmahan PAS.

Masuk hari keempat berkempen, atas desakan bahawa calon PAS tidak ramai penduduk DUN Sungai Limau mengenalinya maka telah menipu dengan menggunakan akhbar Sinar Harian sebagai kambing hitam.

Tidak pernah dalam mana-mana pilihan raya penyokong PAS serik untuk mengganggu Wanita UMNO yang berkempen. Selain memberi ugutan, Wanita UMNO juga dikatakan dilayan dengan tidak adil oleh penyokong PAS biarpun penduduk Sungai Limau menerima Wanita UMNO dengan baik.


Hakikatnya kini PAS akan berusaha melakukan apa sahaja tidak kira sama ada melanggar undang-undang atau tidak asalkan demi memastikan calon PAS itu menang dan mempertahankan DUN Sungai Limau yang telah dimenangi sejak 26 tahun lalu.

1 comment:

  1. Apebenda ni al fitnatu asyaddu minal qotlu

    ReplyDelete

POPULAR ARTIKEL