Wednesday, October 30, 2013



Biarpun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu bahawa PAS sudah terasa panas dan cuba mempolitikkan kenyataannya mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis yang dialami bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf," itu kata-kata yang dilafazkan oleh Timbalan Perdana Menteri berhubung dakwaan kononnya beliau mempersendakan kematian bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak Sabtu lepas.

Begitulah 'gentelman' orang nombor dua negara tersebut, walaupun bagi sesiapa dengar sendiri ucapan beliau tidak ada langsung nada mempersendakan atau menyindir dalam ucapan beliau mengenai keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis yang dialami Azizan.

Namun kata Muhyiddin, "Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf...

Menurut Muhyiddin, sebenarnya sesiapa yang hadir di majlis tersebut, beliau menyebutkan tentang bajet, menjelaskan tentang subsidi dan beliau sebut mengenai gula.

"Di situ saya menyebutkan kita nak menjaga kesihatan, tapi bukan tujuan saya untuk mencemarkan nama baik Allahyarham ataupun merendah-rendahkan beliau kerana kita tahu Allahyarham ialah seorang pemimpin yang berjasa."

"Tapi apa pun sebagai manusia kalau kenyataan itu disalah tafsirkan ataupun dirasakan menyinggung keluarganya saya mohon maaf. Sebagai seorang Islam kadang-kala kalau ada terlanjur kita minta maaf. Itu yang penting," kata Muhyiddin.

Muhyiddin pada hari Sabtu lalu mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.

Beliau dilaporkan berkata, "pengurangan subsidi itu untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Azizan."


Media-media pembangkang kemudian 'spin' isu tersebut daripada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa Muhyiddin mempersendakan kematian Azizan.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL