Tuesday, October 1, 2013


Kaum lelaki Cina dipotong badan depan keluarga menggunakan cangkul atau parang berbanding senjata api kerana khuatir pasukan keselamatan Home Guard dan Gurkha menyiasat bunyi tembakan.

Pengganas komunis mengeluarkan isi perut atau hati mangsa lalu memaksa keluarga atau isteri mangsa meletakkan organ ini di atas bara api.

Mangsa yang dipotong anggota badan dibiarkan mati terseksa di depan keluarga dan pekerja estet dibiarkan menyaksikan tragedi malang ini sebagai peringatan jika enggan bekerjasama dengan PKM.

Kanak-kanak turut menjadi mangsa kekejaman komunis seperti di Estet Kamuning, Perak pada 1948 apabila mereka menyalib seorang kanak-kanak atas sebatang kayu.

Pelbagai seksaan dilakukan terhadap kaum India di Perak oleh kumpulan Perumal, antaranya mengikat mangsa di pokok getah dan menyeksa mereka sehingga mati dan ada mangsa dipotong jari kerana kekal bekerja di ladang getah walaupun diberi amaran.

Sumber: Berita Harian 

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL