Thursday, October 24, 2013


Tindakan Kerajaan Malaysia dengan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa ke Malaysia merupakan suatu tindakan yang tepat dan mengikut kehendak rakyat.

Sepanjang tempoh bantahan itu sebanyak 433 laporan polis telah dibuat oleh rakyat Malaysia termasuk NGO’s dan mereka yang pernah terlibat dalam kekejaman komunis sepanjang 8 siri bantahan aman terhadap abu mayat Chin Peng.

Hanya sebahagian sahaja daripada rakyat yang mahu membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia dengan bermotifkan politik semata-mata.

“Dalam hal ini, kerajaan harus mengambil kira sentimen dan reaksi di kalangan anggota pasukan keselamatan, mangsa kezaliman komunis dan ahli keluarga mereka yang masih menebal,” tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang bertanya berhubung rasional abu mendiang Chin Peng dihalang memasuki Malaysia.

Chin Peng bukanlah seorang warganegara Malaysia dan beliau telah menerima kerakyatan Thailand dan memiliki pasport negara tersebut dengan menggunakan nama lain.

Chin Peng dan beberapa anggota Parti Komunis Malaya (PKM) telah memilih untuk tidak kembali ke Malaysia selepas Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 September 1989 walaupun peluang sepenuhnya diberikan kepada mendiang dan juga pengikutnya.

Selepas daripada tarikh 17 hingga 13 Oktober 1992, tiada sebarang berita daripada Chin Peng mengenai hasratnya untuk kembali ke Malaysia sehinggalah beliau melalui peguamnya memohon untuk kembali ke Malaysia melalui mahkamah.

Rayuan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember 2010 kerana melanggar syarat Perjanjian Damai Hatyai.


Dalam hal ini jelas bahawa tindakan Kerajaan Malaysia terhadap menghalang kemasukan abu mayat Chin Peng ke Malaysia adalah suatu tindakan yang betul dan tepat serta mengikut kehendak rakyat Malaysia. 

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL