Wednesday, October 2, 2013



Pengenalan
Rundingan Baling yang diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 merupakan cadangan YTM TUnku Abdul Rahman Putra. Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu sebagai usaha membendung pemberontakan komunis yang semakin mengancam keselamatan negara hingga mengakibatkan Perintah Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Rundingan ini dijalankan di daerah Baling bertempat di Sekolah Inggeris Baling yang kini dikenalai sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Baling. YTM Tunku berpendapat rundingan ini membolehkan pihak kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) menyampaikan pandangan yang boleh membawa kepada perdamaian. Pihak kerajaan diwakili oleh YTM Tunku, Dato' Tan Cheng Lock, Presiden MCA dan Encik David Marshall, Ketua Menteri Singapura sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Setiausaha Agung PKM, Rashid Maidin, Ahli Jawatankuasa Pusat PKM dan Chen Tien, Ketua Propaganda PKM.

Parti Komunis Malaya (PKM)
Selepas kejayaan Revolusi Bolshevik di Soviet Union, Komunis Internasional (Komintern) ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti komunis sedunia termasuk di kawasan Asia Tenggara. Agen-agen Komintern menyeludup masuk ke dalam Koumintang, sebuah parti berasakan kaum Cina yang bergerak secara sah di Tanah Melayu yang wujud sehingga tahun 1923. Setelah Koumintang dibubarkan, Parti Komunis China (PKC) mengambilalih peranan Komintern dengan menubuhkan Nanyang Communist Party seterusnya dikenali sebagai Parti Komunis Malaya. Kekalahan Jepun dan berlakunya kekosongan pemerintahan sebelum kemasukan Pasukan Berikat memberikan peluang kepada PKM untuk melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menguasai Tanah Melayu.

Perkara Yang Dibincangkan

Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam rundingan itu ialah :

  1. Pengikhtirafan terhadap PKM;
  2. Membenarkan ahli-ahli PKM menyertai politik;
  3. Memansuhkan Perintah Darurat;
  4. Anggota-anggota PKM yang tidak mahu bermastautin di Tanah Melayu dikecualikan daripada penyiasatan pihak berkuasa.
  5. Rundingan ini gagal mencapai persefahaman kerana kedua-dua pihak tidak dapat menerima perkara-perkara yang dinyatakan di atas:


Kesan Rundingan Baling

Kerajaan bertindak tegas terhadap keganasan dengan mengambil langkah-langkah berikut:
  1. Memindahkan penduduk Cina yang tinggal di kawasan hutan ke kampung-kampung baru yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan supaya mereka terputus hubungan dengan penganas komunis daripada mendapatkan bekalan makanan.
  2. Rancangan ini dikenali sebagai: "Rancangan Briggs"
  3. Catuan makanan;
  4. Perintah berkurung;
  5. Sistem kad pengenalan diperkenalkan;


Penyerahan diri beberapa orang pemimpin kanan PKM seperti Musa Ahmad, bekas Pengerusi PKM dan isteri beliau pada tahun 1980 dan Shamsiah Fakeh pada tahun 1994.


Kekuatan PKM semakin lumpuh sehingga memaksa PKM untuk berunding dengan Kerajaan Malaysia bagi merundingkan perletakan senjata dan termeterainya perjanjian damai yang menjadi kenyataan pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL