Saturday, October 26, 2013


Kejayaan BN merampas Kedah pada PRU-13 lepas memberikan tamparan hebat kepada PAS yang kini sedang berusaha untuk mempertahankan DUN N.20 Sungai Limau.

Sedar akan kegagalan calon PAS, Mohamad Azam Abdul Samat dalam meningkatkan populariti dan imej dirinya dan PAS akibat daripada kenaikan mendadak populariti Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Akibatnya kini mahu tidak mahu, PAS kini menumpukan ke arah menjatuhkan kreadibiliti dan imej Mukhriz yang dilihat sangat menjejaskan reputasi PAS sejak selepas PRU-13.

Sebagai usaha untuk menjatuhkan imej Mukhriz, PAS telah membangkitkan kononnya Mukhriz ditolak oleh anggota UMNO sendiri ekoran kegagalan beliau merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang lepas.

Begitupun ianya tidak semudah yang disangka kerana dalam pemilihan Naib Presiden UMNO, Mukhriz tidak kalah sebaliknya berjaya mempertingkatkan imej dan namanya sebagai calon UMNO untuk masa depan.

Manakala, dakwaan Menteri Besar itu masih dibayangi bapanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah dalam usaha mengajak rakyat kembali melihat pemerintahan bapanya yang dilihat menganaktirikan PAS. Sebenarnya PAS takut kepada imej Tun Dr Mahathir yang bukan sahaja berjaya memajukan Malaysia bahkan meninggalkan legasi dengan penuh bermaruah.

Pendekatan Mukhriz yang lebih gemar bersahaja dan bersantai dengan rakyat membuatkan PAS banyak gusar dengan gaya kepimpinan Mukhriz yang lebih mesra rakyat sekali gus mencerminkan personaliti yang hampir sama dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
  
"Sifat yang mesra kepada rakyat adalah antara faktor mengapa Azizan begitu disenangi pihak kawan mahupun lawan. Dan Mukhriz bukannya cuba mengikut gaya Azizan kerana itu memang keperibadian dia sendiri.


Secara jelas, PAS sebenarnya takut terhadap imej dan kreadibiliti Mukhriz yang semakin hari semakin diterima rakyat Kedah.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL