Sunday, November 3, 2013


Esok, seramai 27,222 pemilih berdaftar dengan SPR di DUN Sungai Limau akan membuat keputusan dan menentukan wakil rakyat yang baharu bagi DUN Kedah dalam pilihan raya kecil.

Sepanjang tempoh berkempen yang telah ditetapkan SPR, pelbagai slogan dan janji-janji yang diberikan parti mahupun calon yang bertanding. Tujuannya ialah satu iaitu memancing undi.

BN yang meletakkan bekas Pensyarah Kanan Universiti Perguruan Sultan Idris, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon dengan memilih slogan Berani Hijrah sempena mengambil semangat tahun Islam yang akan disambut pada 5 Mei ini.

Sementara PAS yang meletakkan bekas pendidik, Mohd. Azam Abd. Samat memilih slogan Kekal.

Masing-masing di kalangan calon yang bertanding mengusulkan slogan yang mampu menarik hati pengundi DUN Sungai Limau.

Bagi BN, cukuplah rakyat Sungai Limau memberi peluang kepada Pas selama lebih 25 tahun menjadi wakil mereka yang tidak membawa apa-apa perubahan dan mengesa mereka agar berani untuk berhijrah.

Bagi PAS, mereka menyatakan kepada pengundi bahawa BN telah diberi peluang oleh rakyat memerintah Kedah. Jadi apalah salahnya jika mereka merayu kepada pengundi agar mengekalkan dominasi PAS di DUN Sungai Limau.

Melihat kepada keadaan ini wajarlah penduduk DUN Sungai Limau memilih calon yang benar-benar layak dan mampu memberikan sumbangan kepada rakyat terutama dalam merubah kehidupan yang lebih baik.


Penduduk diharapkan berani berhijrah bagi memilih wakil rakyat dan kerajaan yang boleh membantu dan memastikan mereka dan keluarga hidup dengan selesa dalam negara yang sering dicemburi kerana kemakmurannya ini.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL