Monday, November 18, 2013



Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS akan mendesak semua negeri yang di bawah tadbiran Pakatan Pembangkang melaksanakan hukum hudud.

Demikian menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di mana PAS akan mengusulkan dalam Muktamar PAS ke-59 yang dijadualkan penghujung bulan ini.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahaskan di peringkat PAS Pusat sehingga menemui resolusi sekali gus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang melaksanakan undang-undang itu.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukkan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.

Susulan itu, ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperoleh daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.

Persoalan kini apakah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu menerima pakai idea PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang termasuk Pulau Pinang?


Bersedia PAS dengan hujah-hujahnya untuk melaksanakan hukum hudud jika ditentang habis-habisan oleh DAP yang sememangnya menolak pelaksanaan hukum hudud?

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL