Sunday, November 17, 2013



Akibat keceluparan mulut Pegerusi DAP, Karpal Singh yang menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS dibatalkan kerana merbahayakan negara telah mendapat tentangan daripada Muslimat PAS.

Kecaman Muslimat PAS itu dibuat menerusi status facebook dan menegaskan Karpal perlu memohon maaf atas dua perkara iaitu;

Pertama kerana mempunyai pendirian yang langsung tidak menghormati sensitiviti dan dasar perjuangan parti rakan dalam pakatan pembangkang iaitu PAS yang jelas meletakkan Islam sebagai dasar seperti terkandung dalam Perlembagaannya.

Kedua, kerana berbohong mengatakan beliau tidak pernah mengaitkan PAS dalam kenyataan yang dibuat.

Dewan Muslimat menganggap ia adalah satu pelanggaran sikap pakatan yang sangat serius dan tidak selari dengan semangat saling menghormati dalam Pakatan Pembangkang.

Bahkan ia tidak sesuai ditonjolkan oleh mana-mana pimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang yang sepatutnya sudah jauh lebih matang dalam memahami hasrat keseluruhan rakyat.

Dalam kenyataannya juga, Dewan Muslimat PAS kesal dengan pendirian Karpal dan pembohongan yang beliau lakukan serta menganggap ia melunturkan kredibiliti beliau di mata rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang menyokong PAS.


'Dewan Muslimat juga mendesak agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang segera bersidang bagi menangani masalah ini sebelum tindakan lebih tegas diambil oleh pihak Dewan Muslimat bersama Dewan Pemuda.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL