Monday, November 11, 2013


Fenomena keluar parti selepas pilihan raya bukan sesuatu yang baru di Malaysia bahkan menjadi tradisi jika sesuatu perkara berkaitan kepentingan politik, kaum dan sosial tidak dihiraukan.

Selepas PRU-13, banyak cerita didengari berhubung ketidakpuasan hati pemimpin DAP dan PKR berhubung nasib mereka dalam parti itu.

DAP paling mencuri tumpuan apabila ada di kalangan pemimpin mereka di Sabah dan Kedah yang terpaksa mengisytiharkan keluar parti ekoran rasa ketidakpuasan hati berhubung CEC DAP yang dibuat pada penghujung tahun 2012.

Ini belum lagi dikira penyokong DAP yang bertindak bersama dengan ketua mereka yang mengambil keputusan keluar parti. Jika ini dikira nescaya boleh dikatakan kepercayaan ahli-ahli mereka sendiri terhadap DAP semakin pudar.

Terbaru, keputusan keluar parti PKR dan mengisytihar dirinya calon Bebas yang menyokong BN telah mengundang pelbagai macam ragam. Hakikatnya keputusan itu dibuat atas dorongan sendiri dan bukannya desakan mana-mana pihak seperti mana yang diperkatakan PKR Pusat.

Bagi PKR Pusat, keputusan ADUN Matunggong, Jelani Hamdan yang telah mengisytiharkan keluar parti serta meletak kesemua jawatan dalam PKR sebagai tindakan yang mengkhianati amanah rakyat Sabah.

Dengan mengelak daripada dirinya menjadi punca Jelani Hamdan keluar PKR, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang menyatakan tindakan tersebut jelas menunjukkan Jelani sebagai seorang ahli politik ‘oportunis’ yang segaja mengguna isu dalaman parti bagi kepentingan diri sendiri.

Menurut Chua, punca peletakan jawatan Jelani ini akibat daripada perasaan tidak puas hati beliau akibat lantikan kumpulan etnik pelbagai kaum dalam Majlis Pimpinan Negeri.


Apa sahaja keputusan PKR kini sudah kehilangan 2 kerusi ADUN dan sekaligus meningkatkan sokongan terhadap BN Sabah.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL