Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013


Kenyataan Karpal Singh awal bulan lalu bukan sahaja menjadi topik hangat di warung-warung kopi tepi jalan namun sudah sampai ke tahap 'serius'.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss antara yang masih bingung.

Perbalahan yang bukan lagi rahsia ini pastinya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan parti gabungan dalam perikatan ini kerana ia kelak menjejaskan reputasi perikatan itu.

Walau ada yang kata malas mahu ambil pusing, namun hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah jalan penyelesaian harus segera dicapai.

Sementara itu, penyandang Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi ketika dihubungi berkata, sudah menjadi tradisi PAS akan menjemput wakil parti lain untuk menyertai muktamarnya.

Namun terpulanglah kepada Karpal sama ada mahu hadir atau sebaliknya. Jika benar dia berasa bersalah, minta maaf.


Begitupun sehingga kini masih belum ada sebarang reaksi daripada Karpla berhubung desakan pemimpin PAS yang mahukan dia mengaku kesalahannya.

Monday, November 18, 2013



Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS akan mendesak semua negeri yang di bawah tadbiran Pakatan Pembangkang melaksanakan hukum hudud.

Demikian menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di mana PAS akan mengusulkan dalam Muktamar PAS ke-59 yang dijadualkan penghujung bulan ini.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahaskan di peringkat PAS Pusat sehingga menemui resolusi sekali gus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang melaksanakan undang-undang itu.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukkan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.

Susulan itu, ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperoleh daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.

Persoalan kini apakah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu menerima pakai idea PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang termasuk Pulau Pinang?


Bersedia PAS dengan hujah-hujahnya untuk melaksanakan hukum hudud jika ditentang habis-habisan oleh DAP yang sememangnya menolak pelaksanaan hukum hudud?

Sunday, November 17, 2013



PAS mendakwa mereka mempunyai bukti Pengerusi DAP, Karpal Singh telah berbohong apabila menafikan beliau meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Itu sebenarnya telah menjadi kebiasaan bagi seorang peguambela yang bercakap bohong dan berpusing-pusing bagi mempertahankan dirinya atau membela orang lain daripada tidak bersalah.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob ketika mendedahkan perkara itu berkata, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat (CD) rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.

CD boleh dijadikan bukti seperti mana yang telah dilakukan dalam setiap penghakiman atau pertuduhan.

Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka terhadap CD tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan dia tidak langsung menyarankan supaya PAS dibatalkan pendaftarannya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

''Ini kerana pada minit ke 6:07 dalam rakaman itu, Karpal jelas didengari menyebut, "operasi melibatkan agama, perkauman, adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tiba masanya untuk semua parti politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya, termasuk walaupun PAS.

Jadi, apa yang dikatakan Karpal sebelum ini adalah satu pembohongan?

Pendedahan Ketua Pemuda PAS Perak itu adalah sebagai mengulas dakwaan Karpal bahawa beliau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.

Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap PAS meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti itu.

Menurut Raja Ahmad Iskandar lagi, Karpal dalam rakaman itu juga didengari ketika menjawab pertanyaan media mengenai status PAS turut memberitahu bahawa apa yang dicadangkannya itu juga turut termasuk parti sekutunya itu.

Menurut Raja Ahmad Iskandar, pihaknya mengambil daya usaha untuk mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang akhbar tersebut daripada pihak yang menghadirinya atas dasar tanggungjawab apabila melihat Karpal sendiri gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikatakan telah mengada-adakan perkara tersebut.

Katanya, ia juga selaras dengan seruan Karpal sendiri yang mahu supaya kebenaran sesuatu fakta dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar meminta kepemimpinan DAP mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang itu kerana tindakannya jelas merupakan satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan berkenaan.

Kami juga memberi tempoh selama seminggu untuk Pengerusi DAP itu memohon maaf kerana menyeru supaya Pas dibatalkan pendaftarannya selain membohongi kami apabila tidak mengakui ada menyatakan perkara berkenaan.


Beliau juga perlu memohon maaf kerana menyifatkan tindakan para pemimpin Pas mengkritiknya sebagai perbuatan buruk dan tidak matang.

POPULAR ARTIKEL