Fenomena keluar parti selepas pilihan raya bukan sesuatu
yang baru di Malaysia bahkan menjadi tradisi jika sesuatu perkara berkaitan
kepentingan politik, kaum dan sosial tidak dihiraukan.
Selepas PRU-13, banyak cerita didengari berhubung
ketidakpuasan hati pemimpin DAP dan PKR berhubung nasib mereka dalam parti itu.
DAP paling mencuri tumpuan apabila ada di kalangan
pemimpin mereka di Sabah dan Kedah yang terpaksa mengisytiharkan keluar parti
ekoran rasa ketidakpuasan hati berhubung CEC DAP yang dibuat pada penghujung
tahun 2012.
Ini belum lagi dikira penyokong DAP yang bertindak
bersama dengan ketua mereka yang mengambil keputusan keluar parti. Jika ini
dikira nescaya boleh dikatakan kepercayaan ahli-ahli mereka sendiri terhadap DAP
semakin pudar.
Terbaru, keputusan keluar parti PKR dan mengisytihar
dirinya calon Bebas yang menyokong BN telah mengundang pelbagai macam ragam. Hakikatnya
keputusan itu dibuat atas dorongan sendiri dan bukannya desakan mana-mana pihak
seperti mana yang diperkatakan PKR Pusat.
Bagi PKR Pusat, keputusan ADUN Matunggong, Jelani Hamdan yang
telah mengisytiharkan keluar parti serta meletak kesemua jawatan dalam PKR
sebagai tindakan yang mengkhianati amanah rakyat Sabah.
Dengan mengelak daripada dirinya menjadi punca Jelani
Hamdan keluar PKR, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang menyatakan tindakan
tersebut jelas menunjukkan Jelani sebagai seorang ahli politik ‘oportunis’ yang
segaja mengguna isu dalaman parti bagi kepentingan diri sendiri.
Menurut Chua, punca peletakan jawatan Jelani ini akibat
daripada perasaan tidak puas hati beliau akibat lantikan kumpulan etnik
pelbagai kaum dalam Majlis Pimpinan Negeri.
Apa sahaja keputusan PKR kini sudah kehilangan 2 kerusi
ADUN dan sekaligus meningkatkan sokongan terhadap BN Sabah.
0 comments:
Post a Comment