Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS akan
mendesak semua negeri yang di bawah tadbiran Pakatan Pembangkang melaksanakan
hukum hudud.
Demikian menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man di mana PAS akan mengusulkan dalam Muktamar PAS ke-59 yang dijadualkan
penghujung bulan ini.
Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahaskan di peringkat
PAS Pusat sehingga menemui resolusi sekali gus akan dibawa ke peringkat Dewan
Rakyat.
"Dalam muktamar itu juga kita akan desak
negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang melaksanakan undang-undang itu.
Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukkan
RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.
Susulan itu, ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli
Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan
menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi
Usul berkata, resolusi yang diperoleh daripada perbahasan usul hudud pada
muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.
"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan
hantar memorandum mendesak Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem
perundangan Islam itu," katanya.
Persoalan kini apakah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng mahu menerima pakai idea PAS untuk melaksanakan hukum hudud di
negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang termasuk Pulau Pinang?
Bersedia PAS dengan hujah-hujahnya untuk melaksanakan
hukum hudud jika ditentang habis-habisan oleh DAP yang sememangnya menolak
pelaksanaan hukum hudud?
No comments:
Post a Comment