Kenyataan Karpal Singh awal bulan lalu bukan sahaja
menjadi topik hangat di warung-warung kopi tepi jalan namun sudah sampai ke
tahap 'serius'.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad
Iskandar al-Hiss antara yang masih bingung.
Perbalahan yang bukan lagi rahsia ini pastinya
menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan parti gabungan dalam
perikatan ini kerana ia kelak menjejaskan reputasi perikatan itu.
Walau ada yang kata malas mahu ambil pusing, namun
hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah jalan penyelesaian harus segera
dicapai.
Sementara itu, penyandang Ketua Pemuda PAS, Nasrudin
Hassan Tantawi ketika dihubungi berkata, sudah menjadi tradisi PAS akan
menjemput wakil parti lain untuk menyertai muktamarnya.
Namun terpulanglah kepada Karpal sama ada mahu hadir atau
sebaliknya. Jika benar dia berasa bersalah, minta maaf.
Begitupun sehingga kini masih belum ada sebarang reaksi
daripada Karpla berhubung desakan pemimpin PAS yang mahukan dia mengaku
kesalahannya.
No comments:
Post a Comment