Pages - Menu

Friday, November 22, 2013

PENJELASAN SHABERY CHHEK FASAL K-POP BUATKAN PEMBANGKANG TERPAKU DIAM


Sistem penajaan secara tunai yang telah diterima kerajaan semasa Festival Hari Belia 2012 sudah cukup menampung pembelanjaan ketiga-tiga artis Korea Pop (K-Pop) yang  bernilai RM1.6 juta pada tahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan berkata ketiga-tiga artis K-Pop yang hadir membuat persembahan konsert pada Festival Belia 2012 pada tahun lalu bernilai RM900,000 jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

"Bayaran untuk sekumpulan artis K-Pop tersebut merupakan bayaran yang lebih murah berbanding harga pasaran sebenar untuk artis K-Pop memandangkan ketiga-tiga artis K-Pop menganggap pengunjung yang hadir pada Hari Belia tidak dikenakan bayaran tiket untuk memasuki konsert tersebut.

"Tiga kumpulan (K-Pop) tersebut merupakan yang paling popular di Korea pada waktu itu dengan meminta sebanyak USD100,000 untuk satu kumpulan," kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen selepas memenemui  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memberi penjelasan berhubung bayaran itu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, di bilik jawatankuasa itu di Parlimen, di sini.

Tambahnya, perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta merupakan perbelanjaan sampingan yang telah dibayar oleh pembekal tempatan.

"Yang disebut sebanyak RM1.6 juta itu merupakan sampingan seperti cukai, pembayaran hotel.. pengangkutan, keselamatan, makanan dan sebagainya yang dibayar oleh pembekal tempatan," ujarnya.

Jelasnya,kerajaan hanya mendahului perbelanjaan sebanyak RM900,000 untuk menempah ketiga-tiga artis berkenaan yang telah dikembalikan dengan penajaan dari pelbagai bentuk yang telah diterima kembali oleh kerajaan.

"Kerajaan hanya mendahulukan bayaran. Sedangkan kita mendapat tajaan dari segi tunai pada waktu tersebut akhirnya bernilai RM2.3 juta.

"Bayaran awal yang kita buat sebanyak RM900 ribu sebenarnya sudah cukup ditampung oleh (penajaan) tunai," katanya.

Menurutnya, kejayaan pada Festival Hari Belia 2012 berjaya menarik pihak penaja dalam perbagai bentuk tajaan yang telah diterima oleh kerajaan.

"Kita mesti melihat kejayaan hari belia telah melibatkan penyertaan pihak swasta yang memberikan nilai kira-kira RM26 juta pada waktu tersebut.

"Ada juga yang memberikan tajaan dari segi 'In Kind' berupa air, sim kad, t-shirt dan sebagainya yang bernilai RM1.9 juta. Ada juga yang memberikan secara tunai bernilai RM2.3 juta yang mana ia diberikan secara beransur-ansur," katanya.

Sebelum itu, PAC melahirkan rasa berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Shabery pada hari ini berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjelasan pada kali ini mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur yang telah dibuat oleh Shabery Cheek yang juga merupakan Bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini termasuklan konsert tiga kumpulan K-Pop.

"Beliau telah memberikan penjelasan secara keseluruhan mengenai dasar dan proses hari belia pada tahun lepas dan beliau juga telah memberikan penjelasan mengenai isu k-pop yang telah menjadi tumpuan di media.


"Saya rasa jawapan yang telah diberikan oleh beliau itu telah memuaskan hati jawatankuasa," katanya.

No comments:

Post a Comment