PAS mendakwa mereka mempunyai bukti Pengerusi DAP, Karpal
Singh telah berbohong apabila menafikan beliau meminta supaya pendaftaran parti
politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS,
dibatalkan kerana membahayakan negara.
Itu sebenarnya telah menjadi kebiasaan bagi seorang
peguambela yang bercakap bohong dan berpusing-pusing bagi mempertahankan dirinya
atau membela orang lain daripada tidak bersalah.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr. Raja Ahmad
Iskandar Raja Yaacob ketika mendedahkan perkara itu berkata, bukti tersebut
terkandung dalam cakera padat (CD) rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit
47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November
lalu.
CD boleh dijadikan bukti seperti mana yang telah
dilakukan dalam setiap penghakiman atau pertuduhan.
Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka
terhadap CD tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila
menyatakan dia tidak langsung menyarankan supaya PAS dibatalkan pendaftarannya
sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.
''Ini kerana pada minit ke 6:07 dalam rakaman itu, Karpal
jelas didengari menyebut, "operasi melibatkan agama, perkauman, adalah
satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan
agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tiba masanya untuk semua parti
politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya,
termasuk walaupun PAS.
Jadi, apa yang dikatakan Karpal sebelum ini adalah satu
pembohongan?
Pendedahan Ketua Pemuda PAS Perak itu adalah sebagai
mengulas dakwaan Karpal bahawa beliau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.
Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf
terhadap PAS meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi
parti itu.
Menurut Raja Ahmad Iskandar lagi, Karpal dalam rakaman
itu juga didengari ketika menjawab pertanyaan media mengenai status PAS turut
memberitahu bahawa apa yang dicadangkannya itu juga turut termasuk parti
sekutunya itu.
Menurut Raja Ahmad Iskandar, pihaknya mengambil daya
usaha untuk mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang akhbar tersebut daripada
pihak yang menghadirinya atas dasar tanggungjawab apabila melihat Karpal
sendiri gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikatakan
telah mengada-adakan perkara tersebut.
Katanya, ia juga selaras dengan seruan Karpal sendiri
yang mahu supaya kebenaran sesuatu fakta dipastikan terlebih dahulu sebelum
sesuatu kenyataan dikeluarkan.
Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar meminta kepemimpinan
DAP mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang itu kerana tindakannya
jelas merupakan satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan berkenaan.
Kami juga memberi tempoh selama seminggu untuk Pengerusi
DAP itu memohon maaf kerana menyeru supaya Pas dibatalkan pendaftarannya selain
membohongi kami apabila tidak mengakui ada menyatakan perkara berkenaan.
Beliau juga perlu memohon maaf kerana menyifatkan
tindakan para pemimpin Pas mengkritiknya sebagai perbuatan buruk dan tidak
matang.
No comments:
Post a Comment