Setelah usahanya untuk menggunakan populariti Allahyarham
Tan Sri Azizan telah dipertikai ramai pihak, kini calon PAS Mohd Azam Abdul
Samat dan rombongan PAS telah cuba meraih populariti Menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan
bergambar dengan bapanya, Baharom Ramli.
Perbuatan itu secara tidak langsung telah cuba
mengelirukan rakyat DUN Sungai Limau kononnya bapa Jamil Khir pun sokong dan
mendoakan kemenangan calon PAS.
Muslihat itu bagaimanapun dapat dibaca Menteri Besar
Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan mempersoalkan mereka berbuat demikian?
Menjadi amalan PAS, sebaik sahaja dapat memperalatkan
seseorang seperti bapa Jamil Khir Baharom, gambar itu segera dimuatnaik ke
dalam media sosial seperti blog, facebook dan twitter.
Persoalan di sini, apakah mereka ikhlas membuat kunjungan
hormat ke atas Baharom atau sebaliknya. Kenapa perlu menghebohkan kunjungan itu
melainkan jika ingin meraih tujuan politik?
Itulah pemimpin PAS yang mana akan menggunakan sepenuh
peluang yang terhidang di hadapan walau apa cara sekalipun asalkan menang.
No comments:
Post a Comment