Kejayaan BN merampas Kedah pada PRU-13 lepas memberikan
tamparan hebat kepada PAS yang kini sedang berusaha untuk mempertahankan DUN
N.20 Sungai Limau.
Sedar akan kegagalan calon PAS, Mohamad Azam Abdul Samat
dalam meningkatkan populariti dan imej dirinya dan PAS akibat daripada kenaikan
mendadak populariti Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Akibatnya kini mahu tidak mahu, PAS kini menumpukan ke
arah menjatuhkan kreadibiliti dan imej Mukhriz yang dilihat sangat menjejaskan
reputasi PAS sejak selepas PRU-13.
Sebagai usaha untuk menjatuhkan imej Mukhriz, PAS telah
membangkitkan kononnya Mukhriz ditolak oleh anggota UMNO sendiri ekoran kegagalan
beliau merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang lepas.
Begitupun ianya tidak semudah yang disangka kerana dalam
pemilihan Naib Presiden UMNO, Mukhriz tidak kalah sebaliknya berjaya
mempertingkatkan imej dan namanya sebagai calon UMNO untuk masa depan.
Manakala, dakwaan Menteri Besar itu masih dibayangi
bapanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah dalam usaha
mengajak rakyat kembali melihat pemerintahan bapanya yang dilihat
menganaktirikan PAS. Sebenarnya PAS takut kepada imej Tun Dr Mahathir yang
bukan sahaja berjaya memajukan Malaysia bahkan meninggalkan legasi dengan penuh
bermaruah.
Pendekatan Mukhriz yang lebih gemar bersahaja dan
bersantai dengan rakyat membuatkan PAS banyak gusar dengan gaya kepimpinan
Mukhriz yang lebih mesra rakyat sekali gus mencerminkan personaliti yang hampir
sama dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
"Sifat yang mesra kepada rakyat adalah antara faktor
mengapa Azizan begitu disenangi pihak kawan mahupun lawan. Dan Mukhriz bukannya
cuba mengikut gaya Azizan kerana itu memang keperibadian dia sendiri.
Secara jelas, PAS sebenarnya takut terhadap imej dan
kreadibiliti Mukhriz yang semakin hari semakin diterima rakyat Kedah.
No comments:
Post a Comment