Esok, seramai 27,222 pemilih berdaftar dengan SPR di DUN
Sungai Limau akan membuat keputusan dan menentukan wakil rakyat yang baharu
bagi DUN Kedah dalam pilihan raya kecil.
Sepanjang tempoh berkempen yang telah ditetapkan SPR,
pelbagai slogan dan janji-janji yang diberikan parti mahupun calon yang
bertanding. Tujuannya ialah satu iaitu memancing undi.
BN yang meletakkan bekas Pensyarah Kanan Universiti
Perguruan Sultan Idris, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon dengan memilih
slogan Berani Hijrah sempena mengambil semangat tahun Islam yang akan disambut
pada 5 Mei ini.
Sementara PAS yang meletakkan bekas pendidik, Mohd. Azam
Abd. Samat memilih slogan Kekal.
Masing-masing di kalangan calon yang bertanding
mengusulkan slogan yang mampu menarik hati pengundi DUN Sungai Limau.
Bagi BN, cukuplah rakyat Sungai Limau memberi peluang
kepada Pas selama lebih 25 tahun menjadi wakil mereka yang tidak membawa
apa-apa perubahan dan mengesa mereka agar berani untuk berhijrah.
Bagi PAS, mereka menyatakan kepada pengundi bahawa BN
telah diberi peluang oleh rakyat memerintah Kedah. Jadi apalah salahnya jika
mereka merayu kepada pengundi agar mengekalkan dominasi PAS di DUN Sungai
Limau.
Melihat kepada keadaan ini wajarlah penduduk DUN Sungai
Limau memilih calon yang benar-benar layak dan mampu memberikan sumbangan
kepada rakyat terutama dalam merubah kehidupan yang lebih baik.
Penduduk diharapkan berani berhijrah bagi memilih wakil
rakyat dan kerajaan yang boleh membantu dan memastikan mereka dan keluarga
hidup dengan selesa dalam negara yang sering dicemburi kerana kemakmurannya
ini.
No comments:
Post a Comment