Kegagalan berkempen pada malam pertama menyebabkan PAS
terpaksa menukar strategi berkempen mereka dalam menghadapi BN yang kini
dilihat semakin diterima rakyat.
Melihat kepada penerimaan rakyat di DUN Sungai Limau yang
masih membandingkan Allahyarham Tan Sri Azizan dengan calon PAS sekarang, Ustaz
Azam Samad.
Justeru, Pengarah PRK PAS menukar pendekatan dengan
bergantung sepenuhnya kepada pengaruh Allahyarham Azizan dalam usaha untuk
meraih sokongan.
Walaupun DUN Sungai Limau itu merupakan kubu kuat PAS,
tetapi kekuatan itu sebenarnya terletak kepada Tan Sri Azizan Abdul Razak dan bukan sangat
kepada parti. Untuk itu, calon PAS ini harus bekerja keras dengan tidak
dibayangi Azizan.
Begitupun usaha itu tidak lama dan hanya bertahan sehari
sahaja selepas hari penamaan calon. Untuk menang, PAS terpaksa menggunakan
pengaruh Azizan dan tidak kepada pengaruh parti itu sendiri.
Justeru, gambar-gambar Tan Sri Azizan digunakan sebagai
bahan kempen untuk bermain dengan emosi dan sentimen pengundi. Nama arwah juga
digunakan sepenuhnya terutama dalam memperkenalkan calon, iaitu Ustaz Azam
Samad.
Kononnya, Ustaz Azam adalah pewaris arwah Tan Sri Azizan.
Kononnya, mereka berkongsi pendirian mengenai hala tuju parti dan juga
pentadbiran di kawasan tersebut.
Hakikatnya, PAS menipu pengundi kerana Ustaz Azam adalah
proksi kepada Mahfudz Omar yang turut memusuhi Tan Sri Azizan.
No comments:
Post a Comment