Sebelum kita bercakap mengenai perjuangan komunis yang
ditafsirkan sebagai pejuang kemerdekaan, adalah lebih baik kita mengetahui
sejarah komunis dengan lebih dekat lagi sebelum membuat sebarang andaian.
Pengenalan
Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun1920-an
terutamanya di sekitar tahun 1925. Imigran Cina telah membawa buku-buku dan
risalah-risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina
di Tanah Melayu. Hasil dari kegiatan mereka, guru-guru dan murid-murid sekolah
Cina telah menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura pada tahun 1926. Sehingga
1927, komunis di Tanah Melayu bergerak di sebalik Parti Kuomintang (KMT) kerana
wujudnya kerjasama antara Parti Komunis China (PKC) dan KMT di China.
Perpecahan KMT-PKC pada tahun 1927 telah menyebabkan PKC menghantar 5 orang
wakilnya ke Tanah Melayu. Mereka telah berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang
di Singapura pada tahun 1927. Agen-agen komintern yang tiba di Tanah Melayu
pada tahun 1928 telah mencadangkan supaya Parti Komunis Nanyang disusun semula.
Pada 6 April 1930, satu persidangan komunis telah diadakan di Singapura dan
hasilnya lahirlah Parti Komunis Malaya (PKM) yang beribu pejabat di Singapura.
1930-1941
PKM telah diarah untuk menyelia gerakan komunis di
Thailand dan Indonesia selain menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu. PKM
telah diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh yang berpusat di
Shanghai. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatan mereka secara
sulit kerana parti ini diharamkan disebabkan kegiatan anti-British yang
dijalankan dianggap mengganggu ketenteraman awam.
Sejak 1930 agen-agen komintern mula dihantar ke Tanah
Melayu untuk membantu kegiatan PKM. Pada Jun 1931, seorang agen kanan komintern
dari Parsi iaitu Joseph Dacroux telah tiba di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun,
beliau telah ditangkap tidak lama selepas ketibaannya di Singapura. Penangkapan
dan pengakuannya telah mendedahkan maklumat penting mengenai PKM sehingga
menyebabkan ramai anggota dan pemimpin termasuk 14 ahli jawatankuasa PKM
ditangkap. Peristiwa ini telah melemahkan PKM.
Sejak tahun 1932, kegiatan PKM mulai pulih apabila mereka
diarah untuk melatih pemimpin dan anggota baru. Pada 6 Mac 1933 satu mesyuarat
jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura untuk merangka perlembagaan
PKM. Mesyuarat tersebut telah membuat ketetapan bahawa matlamat utama
perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis
Malaya. Sejak itu, mereka menjalankan gerakan aktif, mempengaruhi
kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah-sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Mereka
telah berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja semasa berlakunya
kemelesetan ekonomi 1930-an. Bagi melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu
supaya PKM mudah merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan-kesatuan
sekerja melakukan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah
Melayu termasuk Singapura pada 1936-1937. Sebagai contoh, satu permogokan besar
berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937 di mana 6000
pekerja telah berjaya merampas lombong tersebut dari pihak majikan. Berikutan
dengan peristiwa permogokan, kerajaan telah mengisytiharkan Banishment
Ordinance pada tahun 1937 yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai
pemimpin dan anggota PKM ditangkap kerana melanggar undang-undang tersebut.
Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China. Peristiwa ini
sekali lagi melemahkan PKM.
Apabia Jepun menyerang China pada tahun 1937, PKM
memainkan peranan penting dalam membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan
orang Cina di Tanah Melayu. PKM telah menjalankan kutipan derma dan
menggalakkan pemuda Cina di Tanah Melayu kembali ke China untuk menentang
Jepun. Akibat dari kegiatan mereka, PKM mula mendapat sokongan ramai
terutamanya daripada orang-ornag Cina. Buktinya pada tahun 1939, PKM sudah
mempunyai anggota berdaftar seramai 37 ribu orang. Semasa Peperangan
China-Jepun, PKC telah mengarahkan PKM menghentikan kegiatan anti-British dan
bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Arahan ini telah menimbulkan
perpecahan di kalangan pemimpin dan anggota PKM kerana golongan radikal mahu
mengambil kesempatan ini mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan
menubuhkan Republik Komunis Malaya. Akibatnya, komintern telah mengarahkan
Setiausaha Agong Lai Teik menyatupadukan anggota PKM. Lai Teik telah berjaya
meyakinkan mereka bahawa kerjasama dengan British hanya sebagai muslihat dalam
usaha untuk mencapai matlamat PKM.
1941-1945
Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu sikap orang ramai
terutamanya orang Cina terhadap PKM telah berubah. PKM mula mendapat sanjungan
dan pengikut yang ramai kerana PKM dianggap sebagai pelindung orang Cina
daripada penindasan Jepun. Semasa Jepun menguasai Tanah Melayu, anggota PKM
telah melarikan diri ke dalam hutan dan bekerjasama dengan British dengan
menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British.
Sebelum Tanah Melayu dikuasai oleh Jepun, anggota-anggota PKM yang dipenjarakan
oleh British telah dibebaskan oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun
akan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. PKM telah menubuhkan
pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese
Army (MPAJA). Mereka mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan
perubatan dari Pasukan Berikat. MPAJA juga mengadakan hubungan baik dengan
pasukan 136 yang ditubuhkan oleh British. Henry Miller dalam bukunya “The
Jungle War in Malaya” menegaskan terdapat kira-kira 200 anggota PKM mendapat
latihan dari British sebelum jatuhnya Singapura pada 15 Februari 1942. Semasa
pendudukan Jepun, PKM melakukan serangan hendap ke atas tentera Jepun dan
menjalankan pengintipan untuk British. Pengalaman yang diterima semasa pendudukan
Jepun amat menguntungkan PKM terutamanya ke arah menjayakan matlamat perjuangan
mereka.
Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari
hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British.
Pemerintahan PKM berlangsung selama 2 minggu dan dikenali sebagai “Bintang
Tiga”. Mereka telah merayakan kekalahan Jepun sebagai kemenangan mereka dan
mendakwa merekalah bertanggungjawab mengalahkan Jepun di Tanah Melayu. Mereka
telah merampas senjata tentera Jepun untuk digunakan dalam perjuangan mereka.
Seterusnya, mereka telah melakukan kekejaman ke atas orang yang enggan
bekerjasama dengan mereka lebih-lebih lagi yang menjadi “tali barut” Jepun.
Akibat tindakan PKM, berlakulah pergaduhan di antara kaum Melayu dengan Cina
terutamanya di Perak dan Johor selepas pemerintahan Jepun.
Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka telah
mengambil alih pentadbiran dari Bintang Tiga dan MPAJA dibubarkan.
Anggota-anggota MPAJA diminta menyerahkan senjata mereka kepada British. Pada 1
Disember 1945, 6800 anggota MPAJA telah menyerahkan senjata mereka dan dibayar
sagu hati sebanyak $350 seorang. Walau bagaimanapun, dipercayai masih ramai
anggota MPAJA yang tidak menyerahkan senjata kerana mereka tidak yakin dengan
dasar British terhadap PKM.
1945-1948
PKM telah menuntut supaya merek diberi hak dalam
pentadbiran. Kerana mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British menentang
Jepun, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM mula
menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu untuk menambahkan anggotanya.
Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan
menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. PKM akan menganjurkan
“Gerakan Massa” untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan
kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti-parti
politik, kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina. Untuk
mendapat sokongan pekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan untuk
mendapat sokongan belia, PKM menubuhkan Liga Belia Demokratik Baru pada tahun
1946. Bagi menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Sekerja
Pusat, contohnya, PKM yang menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union
(PMFTU) telah menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU.
Bagi melumpuhkan ekonomi supaya memudahkan PKM merampas kuasa, mereka telah
mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya 300 permogokan
telah dipengaruhi oleh PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada
1946-1947. Bagi menghadapi permogokan tersebut, British telah melaksanakan
undang-undang kesatuan sekerja yang mendorong pemimpin parti politik supaya
tidak menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Tindakan tersebut telah menghancurkan
PMFTU yang dikuasai oleh PKM.
Pada 15 Februari 1946, PKM telah menganjurkan satu
perarakan besardi Singapura bagi memperingati kekalahan British di tangan Jepun
pada 15 Februari 1942. Tujuannya ialah menjatuhkan maruah British serta
menunjukkan kekuatan PKM. Pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai AMCJA bagi
menggagalkan penubuhan PTM. Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat
PKM telah diadakan di Singapura bagi mengkaji semula dasar dan taktik PKM.
Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teiktidak menghadirinya dan beliau telah hilang
diri bersama-sama wang parti. Akibatnya, pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan
radikal pimpinan Ong Boon Hua yang lebih dikenali sebagai Chin Peng. Pada 18
dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta,
India dan dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia serta Australia. PKM
diwakili oleh Lee Soong. Persidangan Calcutta telah membuat ketetapan bahawa
pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan
komunis.
1948-1954
Berikutan dengan keputusan Calcutta, PKM mula mengubah
dasar dan taktiknya sejak tahun 1948. Sejak itu, PKM berusaha untuk mencapai
matlamat melalui pemberontakan bersenjata. Langkah ini juga diambil akibat
kegagalan PKM untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan yang dijalankans
sejak tahun 1945. PKM menubuhkan pasukan tentera antu-British yang dikenali
sebagai Malayan People Anti British Army (MPABA) yang di bawah pimpinan
pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew. Antara pemimpin lain
ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas
anggota MPAJA. Bagi menjayakan matlamatnya, PKM akan menggunakan strategi Mao
Tze Tung. Mengikut strategi ini, PKM akan menguasai kawasan pedalaman di mana
kawalan kerajaan amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas
daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai
bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menyerang dan menguasai seluruh
Tanah Melayu. Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja
mengadakan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu
termasuk Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM meneruskan usaha meresapi
parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Dalam
keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 orang pengurus ladang
berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948. Berikutan dengan
peristiwa itu, kerajaan mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17
Jun 1948 dan Undang-undang Darurat dikeluarkan pada 23 Julai 1948 di mana PKM
diharamkan. Akibat pengisytiharaan Darurat, anggota PKM melarikan diri ke dalam
hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang pasukan keselamatan dan
juga orang awam terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong Eropah.
Pejabat-pejabat kerajaan terutamanya Balai Polis menjadi sasaran PKM. Mereka
memusnahkan sistem hubungan jalan raya dan jalan keretapi. PKM juga menyerang
ladang-ladang bijih timah di mana pokok getah dan jentera perlombongan
dimusnahkan untuk menyekat pengeluaran bagi melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.
Dalam usaha untuk mendapat bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min
Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir
hutan. Edger O. Balance dalam bukunya “The Communist Insurgent War 1948-1964”
menegaskan terdapat antara 30-40 ribu anggota “Min Yuan” pada peringkat awal
pemberontakan PKM. Dalam usaha untuk menakutkan orang ramai dan menjejaskan
pasukan keselamatan, PKM menjalankan kempen membunuh pegawai tinggi kerajaan.
Akibat dari kempen itu, mereka telah berjaya membunuh Pesuruhjaya Tinggi
British, Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 semasa beliau dalam perjalanan ke
Bukit Fraser.
Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat
PKM diadakan di Pahang untuk mengkaji semula taktik PKM. Apabila menyedari
keganasan mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap PKM
menyebabkan mereka berusaha untuk mengelakkan serangan ke atas orang awam.
Sejak September 1951, serangan hanya dilakukan ke atas pasukan keselamatan,
orang Eropah, pengintip kerajaan dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah.
Pada 1950-an, mereka meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja,
sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Menjelang tahun 1954, ternyata perjuangan PKM
menemui kegagalan kerana ramai anggotanya dibunuh, ditangkap atau menyerah
diri.
Terbunuh: 16 Jun 1953 6304 (1948-1953)
Jun 1954 9581 (1948-1954)
Tertangkap: 1948
5097
1951 11000
1954 2000
Dihantar pulang: 1950
7000
1954 10000
No comments:
Post a Comment