Semenjak kematian Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM),
Chin Peng diuar-uarkan pada 16 September 2013, beberapa pihak yang mengamalkan idealogi
komunis telah ‘membongkar’ kisah-kisah Chin Peng dan komunis tanpa segan silu.
Lebih tidak sopan lagi apabila mereka ini mahu abu mayat
Chin Peng itu dibawa ke Malaysia. Namun, tidak semudah itu apabila majoriti
rakyat Malaysia khususnya bekas-bekas pejuang dan askar yang hidup di zaman
kesengsaraan komunis.
| 
   
Banyak yang tidak diketahui tentang kehidupan seharian
  pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) oleh orang ramai, termasuk
  anggota bawahan PKM sendiri, kerana mereka menjalani kehidupan yang penuh
  rahsia dan sentiasa berahsia. 
Selain itu, ramai juga anggota PKM tidak tahu
  pergerakan pemimpin-pemimpin mereka dan bagaimana mereka bergerak dari satu
  tempat ke tempat lain, sehingga ramai yang ingin tahu tentang rahsia itu. 
Ketika itu, PKM menghadapi tekanan yang hebat daripada
  pasukan keselamatan terutama selepas Gabenor Sir Edward Gent mengisytiharkan
  darurat pada 21 Jun 1948. 
Selama ini, mungkin ramai yang beranggapan
  pemimpin-pemimpin PKM tinggal di dalam hutan bagi menggelakkan ditangkap oleh
  pasukan keselamatan atau memimpin anggota-anggota PKM dalam pertempuran
  dengan pasukan keselamatan. 
Sedang hakikatnya, ramai pemimpin PKM termasuk
  Setiausaha Agung PKM, Chin Peng sendiri tidak selalunya berada di dalam
  hutan, sebaliknya tinggal di banglo yang mewah di luar negara. 
Chin Peng hanya berada di Malaya sehingga 1961 dan
  selepas pertengahan 1961, Chin Peng sudah berpindah ke Peking bersama-sama
  isterinya Li Chih dan Chen Tien, seorang daripada anggota Jawatankuasa Pusat
  PKM yang bertindak sebagai penterjemah semasa rundingan Baling pada 28 dan 29
  Disember, 1955, dan mereka menjalani kehidupan yang serba mewah. 
Sumber: Utusan Online 
 | 
 
Apakah pihak-pihak yang mendakwa ‘rakan’ dan penyokong
komunis itu mahu mengakui Chin Peng itu hidup mewah selepas melarikan diri
setelah keganasan komunis berjaya dipatahkan pihak berkuasa Malaysia?

No comments:
Post a Comment