Jika ramai mengatakan pemimpin komunis Chin Peng hidup
menderita dan mengalami kesukaran selepas meninggalkan Malaysia, itu jawapan
yang salah. 
Selepas mengangkat senjata, Chin Peng telah melarikan
diri bagi mengelak dirinya ditangkap pihak berkuasa yang secara habis-habisan
menghapuskan saki baki komunis.
| 
   
Poster propaganda Parti Komunis Malaya dalam bahasa
  Melayu untuk menarik sokongan kaum Melayu supaya menyokong komunisme dan
  mengangkat senjata menentang kerajaan Malaysia. 
Chin Peng berlepas dari Malaya menggunakan jalan darat
  melalui Sungai Mekong ke Laos dan kemudian menuju ke Hanoi. 
Dari Hanoi mereka pergi ke China menggunakan
  pengangkutan udara,dan pesawat yang membawa Chin Peng mendarat secara rahsia
  di Lapangan Terbang Tentera di Peking dan disambut oleh seorang yang di
  kenali sebagai Huang Wei dan Pengerusi PKM, Musa Ahmad. 
Kedatangan Chin Peng di Peking hanya diketahui oleh
  beberapa orang pemimpin PKM yang dipercayai sahaja, dan sejak itu beliau
  terus menetap di China kecuali untuk menghadiri persidangan antarabangsa di
  luar China. 
Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PKM yang lain
  seperti Musa Ahmad, Lau Li (Timbalan Setiausaha Agung PKM), dan anggota
  Jawatankuasa Pusat PKM lain seperti Siow Chong, Siow Meng, Liew Yit Fan, Shi
  Meng dan Chan Tien, kesemua mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat
  secara rahsia menggunakan pelbagai pengangkutan dan cara, termasuk
  menggunakan nama samaran dan pasport pelbagai negara. 
Pemimpin Melayu PKM dalam Rejimen Ke-10 seperti
  Shamsiah Pakeh dan Rashid Mydin juga menggunakan kaedah yang sama dan
  menggunakan nama samaran serta pasport China untuk bergerak ke luar negara. 
Dalam sesetengah kes, ada pemimpin PKM masuk ke
  negara-negara tertentu melalui cara diseludup, seperti dalam kes PKM meminta
  bantuan Parti Komunis Kesatuan Soviet untuk menyeludup elemen-elemen PKM di
  Peking ke Sumatera menggunakan jalan laut. 
Chin Peng sendiri menggunakan pasport diplomatik China
  untuk menghadiri persidangan antarabangsa, manakala pemimpin PKM yang lain
  pula menggunakan pasport antarabangsa China untuk keluar negara. 
Selalunya mereka juga tidak akan menggunakan nama
  sebenar sebaliknya menggunakan nama samaran bagi merahsiakan pergerakan dan
  kehadiran mereka. 
Ketika berada di luar negara untuk menghadiri
  persidangan dan kongres antarabangsa, pemimpin-pemimpin PKM juga mengelak
  untuk bertemu dengan orang asing serta bercakap kepada orang yang tidak
  perlu. 
Sumber: Utusan Online 
 | 
 
Idealogi komunis tidak pernah pudar selagi beberapa
pemimpinnya hidup kerana mereka percaya Malaysia wajar menjadi sebuah negara
komunis.
Itulah yang terjadi sekarang dengan golongan muda begitu
mudah diresapi dengan idealogi komunis oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab.
Bagi mempertahankan bumi Malaysia daripada dipengaruhi idealogi komunis, setiap
rakyat harus memainkan peranan penting dengan menolak pihak-pihak yang
bertanggungjawab menyebarkan idealogi dan fahaman komunis.

No comments:
Post a Comment