Sunday, November 3, 2013


Pendekatan terbaru BN menjelang hari pengundian Isnin ini telah membuahkan hasil positif dalam membantu kemenangan BN dalam PRK DUN Sungai Limau.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama kira-kira 100 belia telah menyelami masalah penduduk di empat buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan bermotosikal di bawah program ziarah kasih.

Dengan menunggang sendiri motosikal yang dipinjamkan oleh penduduk kampung tempatan, Ahmad Shabery telah meluangkan masa menziarahi empat kampung iaitu Kampung Kepala 10, Kampung Ulu Sedaka, Kampung Sungai Lentang dan Kampung Setia Jaya.
 
Antara lain mereka mengunjungi rumah Rodiyah Zakaria, 32, tukang masak di Sekolah Rendah Ulu Sedaka, yang sebahagian daripada rumahnya di Kampung Ulu Sedaka dekat sini ranap akibat ribut dua tahun lepas.
  
Sambil menyuarakan rasa terharunya dengan kehadiran seorang menteri yang datang membawa sumbangan, ibu kepada dua anak kecil masing-masing berumur dua dan lapan tahun itu memberitahu Bernama dia teruja kerana masih ada pemimpin yang sudi mengambil berat tentang kesusahan hidupnya.
  
Dia amat menghargai sumbangan yang diterima daripada Ahmad Shabery kerana sebelum ini mereka diabaikan begitu sahaja walaupun pernah cuba meminta bantuan daripada kerajaan negeri namun gagal.

"Kerajaan negeri sebelum ini pun tidak pernah ambil peduli mengenai kedaifan keluarga saya," katanya.
  
Di kampung sama, Ahmad Shabery bertemu dengan bapa tunggal, Mohd Azmi Khalid, 54, yang menghidap sakit saraf lebih 10 tahun.
  
Mohd Azmi berkata, kesungguhan Ahmad Shabery datang dari jauh untuk menjenguk keluarganya amat dihargainya.
  
"Saya sambut dengan tangan terbuka sebagai tuan rumah," katanya yang menyara keluarga dengan menjual kerepek ubi dan pisang sejak lima tahun lepas.
  
Walaupun sakit, Mohd Azmi turut menjaga bapanya yang uzur berusia 90 tahun, dan anak perempuan tunggalnya yang berusia 27 tahun.
  
Di Kampung Kepala 10 pula, Ahmad Shabery mengunjungi Mohd Zaidi Harun, 37, yang hilang deria penglihatan dua tahun lepas setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
  
Bapa kepada dua anak itu berkata: "Sejak kemalangan saya tiada pendapatan akibat kedua-dua belah mata saya rosak. Hanya isteri saya menyara keluarga ini dengan menjual kuih dengan pendapatan yang tidak menentu."


Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini terdesak untuk meraih kemenangan telah memanggil Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan kedua-dua anak beranak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bagi mengadakan ceramah terakhir sebelum hari pengundian.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL