Dengan bangganya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
mengatakan rakyat dan ramai pemimpin ahli politik tidak faham berkenaan dengan akta
Perkhidmatan Air 2006 mengikut Fasal 114 yang didakwanya akan dikenakan
Kerajaan Pusat sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak berhati-hati dalam
menandatangi perjanjian air.
"Saya tidak rasa rakyat faham Fasal 114 ini. Malah
ramai ahli politik yang tak faham kuasa akta ini.
"Fasal 114 membolehkan kerajaan Persekutuan melalui
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ambil alih sepenuhnya harta,
perniagaan dan perjalanan harian sesuatu pemegang konsesi atas kepentingan
negara.
"Ia beri kuasa sepenuhnya kepada Persekutuan dalam
hal ehwal pengurusan pembekalan air di Lembah Klang.
Rafizi Ramli berkata demikian apabila merujuk kepada
keputusan yang dicapai oleh Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat berhubung isu
pengurusan air di Selangor.
Tegas Rafizi lagi Kerajaan Pusat perlu memberikan jaminan
agar tidak menggunakan Akta Perkhidmatan Air 2006 mengikut Fasal 114 secara
sesuka hati ke atas rakyat negeri Selangor.
Menurutnya, jika kerajaan menggunakan kuasa di bawah
Fasal 114 Akta, seluruh kuasa dan keputusan mengenai pembekalan air di Selangor
dan Lembah Klang akan dikuasai Persekutuan sepenuhnya.
Jelasnya, jika pengambilalihan pengurusan air itu
diteruskan, Persekutuan perlu memberi komitmen yang ditandatangani secara rasmi
dengan kerajaan negeri untuk memastikan hal ehwal kebajikan rakyat Selangor
dipertahankan.
"Saya khuatir keadaan ini dimanipulasi untuk
menghukum rakyat Selangor dan kenaikan tarif air yang selama ini ditolak oleh
kerajaan negeri Selangor akan dilaksanakan," katanya.
Secara jelas Rafizi cuba untuk menjadi hero dalam isu air
ini meskipun menyedari tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang cuba melengah-lengahkan
Projek Langat 2 sebelum PRU-13 lepas telah menghukum rakyat Selangor yang
menghadapi masalah air.
No comments:
Post a Comment