Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa
Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (Comango) adalah sebuah
gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Ketua Setiausahanya, Datuk Mohamad Khalid Shariff berkata
pengesahan itu dibuat berikutan semakan rekod oleh Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (JPP).
"Daripada 54 pertubuhan yang menganggotai pertubuhan
itu, hanya 15 sahaja yang berdaftar dengan jabatan itu," katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Katanya, pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti
secara sah perlu berdaftar dengan JPP seperti ditetapkan di bawah Seksyen 7
Akta Pertubuhan 1966.
"Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan
Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak
berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1)(b)," katanya.
Mohamad Khalid berkata kebanyakan anggota gabungan itu
terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam.
"Comango merupakan pertubuhan yang memperjuangkan
hak yang menyeleweng daripada agama Islam dan NGO Malaysia itu telah menghantar
laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat di Geneva setiap empat tahun,
katanya.
Comango yang merangka kandungan laporan mengenai hak
asasi manusia antara lain menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan
terhadap golongan lesbian, gay, bisexual, transgender, intersex dan queerperson
(LGBTIQ).
Mohamad Khalid berkata 15 pertubuhan yang telah berdaftar
terdiri dari:
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower),
Education and Research Association for Consumers Malaysia
(Era Consumer),
All Petaling Jaya Selangor Residents Association (Apac),
All Women's Action Society Kuala Lumpur and Selangor
(Awam),
Association of Women with Disabilities Malaysia,
Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (Camsa),
Society for Rights of Indigenous People of Sarawak
(SCRIPS),
Good Shepherd Welfare Centre,
Malaysian Physicians for Social Responsibility,
Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (Permas),
Perak Women for Women Society,
Sahabat Wanita Selangor,
Sabah Women's Action-Resource Group (Sawo),
Women's Aid Organisation Malaysia (WAO), dan
Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall.
Katanya selebihnya didapati tidak berdaftar termasuk:
Amnesty International Malaysia, Centre For Independent
Journalism (CIJ),
Christian Federation Malaysia,
Pusat Komunikasi Selangor (Komas),
Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
Childline Malaysia, dan
Foreign Spouses Support Group.
Oleh itu, COMANGO bukan sahaja tidak berdaftar, tetapi
juga haram kerana bergerak bertentangan dengan Islam dan dilaknat Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment