Dengan hanya kekalahan majoriti 2,774 undi dalam PRU-13
lepas, BN yakin mampu menawan kembali DUN N.20 Sungai Limau daripada PAS
selepas penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul
Razak meninggal dunia akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil DUN
tersebut tersebut pada 4 November ini cerah dengan pertembungan satu lawan satu
antara calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat
berbanding empat penjuru pada pilihan raya umum lalu.
Selain pendekatan kempen yang baik oleh calon dan semua
wakil BN turun padang kemenangan parti di kawasan tersebut bukan sesuatu yang
mustahil untuk dicapai. Juga BN dilihat sebagai underdog tapi kami yakin
pengundi di sini mempunyai sifat untuk membuat penilaian secara mendalam,
terperinci dan tidak beremosi.
Dalam mencari calon yang berjiwa rakyat, BN sememangnya
berhati-hati dan melihat keperluan rakyat dengan calon yang akan diketengahkan dalam
setiap pilihan raya.
BN memilih calon terbaik dengan latar belakang pendidikan
dan sangat komited dalam usaha memberi khidmat terbaik sebagai wakil rakyat di
kawasan itu.
BN mahu rakyat memberikan mandat kepada BN yang dilihat sebagai
membawa masa depan yang cerah kepada mereka setelah wujud hubungan langsung
antara wakil rakyat kawasan itu dengan pentadbiran kerajaan negeri dan pusat di
bawah BN.
Jika wakil itu datang dari BN, semua urusan seperti
pembangunan, sosioekonomi, pendidikan, agama dan lain-lain lebih mudah
dilaksanakan lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun
Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat.
No comments:
Post a Comment